HalalXPlorer Logo
panduan asas ke taiwan
28 March 2024

Panduan Halal ke Taiwan ! Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Sebenarnya, kami pelik bila terfikir. Kenapa ya, jarang orang kita sebut pasal 'Taiwan'? Jarang yang bercerita berkenaan Taiwan, dan pasti lagi ramai yang 'skip' Taiwan bila travel. Ramai dah pergi ke Jepun, Korea, Hong Kong tapi tinggalkan Taiwan yang berada di sekitar situ jugak . Pelik kan, kenapa ya ? Data ketibaan pelancong Malaysia ke Taiwan pada tiga tahun terakhir adalah

Tahun 2019:537,692 Orang
Tahun 2022:59,035 Orang
Tahun 2023:437,491
 Orang

Baru-baru ini kami bersama rakan media ke Taiwan dalam satu lawatan bersempena dengan 'Taiwan Lantern Festival 2024', yang berlangsung di Tainan, Taiwan. Alang-alang itu, kami sempat juga menerokai sisi-sisi indah negara pulau di Asia Timur ini.

@surgaroute Taiwan Trip, Prolog : Dah 2024 ni, kenapa korang masih belum ke Taiwan? Rugiii ! @taiwantourismbureaumy sekarang sangat alu-alukan pelancong Malaysia untuk bercuti di Taiwan ! #TaiwanTourismmy #TaiwanLanternFestival #SalamTaiwan ♬ original sound - Surgaroute Halal Travel

Bila sampai ke Taiwan, kami lebih terkejut bila fikir balik orang Malaysia tak ramai ke sini, sebab sebenarnya Taiwan ni best sangat !

Selama berjalan 6 Hari 5 Malam di sini, kami dapat tahu banyak perkara. Jom kali ini ikuti sedikit perkongsian dari kami berkenaan Taiwan !

Nama Rasmi Taiwan

Nama rasmi negara yang dikenali sebagai Taiwan ini adalah Republic of China (ROC). Anda jangan terkeliru dengan negara China yang kita kenali sekarang kerana nama rasmi negara tersebut adalah People Republic of China (PRC).

Kedua-dua negara ini mengaku sebagai 'China' yang sebenar tapi disebabkan itu hal politik, kami tak mahu cerita panjang.

Saiz Taiwan & Malaysia

Tahu tak, sebenarnya saiz Taiwan ni lebih kecil berbanding Malaysia. Saiz keluasan Taiwan hanyalah 36,197 km² sedangkan saiz Malaysia adalah 330,803 km² ! Gambar di bawah menunjukkan perbezaan saiz sebenar Semenanjung Malaysia dan keseluruhan negara Taiwan !

true size of malaysia

Perbandingan lebih mudah, Taiwan ni sebenarnya besar sedikit saja berbanding negeri Pahang ! Saiz negeri Pahang adalah 35,965 km² manakala Taiwan 36,197 km² !

true size of taiwan

Untuk bergerak dari 2 bandar besar di Taiwan iaitu Kaohsiung yang terletak di selatan menuju ke Taipei di utara hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja dengan keretapi laju ! Tapi, jangan pandang rendah, walaupun negara ini kecil tetapi ia menawarkan sangat banyak tarikan tau !

Penerbangan

Info untuk anda, sangat mudah untuk rakyat Malaysia ke Taiwan. Pertama sekali, passport negara kita adalah antara yang terkuat di dunia, dan rakyat negara Malaysia antara yang mendapat kelebihan pengecualian visa untuk memasuk Taiwan.

Kedua, akses untuk ke Taiwan sangat mudah. Ada beberapa penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiwan dioperasikan oleh China Airlines, Eva Air, Malaysia Airlines, Starlux Airlines, Air Asia dan juga Batik Air. Kebanyakannya menuju ke destinasi yang diketahui ramai iaitu ibu negara Taiwan sendiri, Taipei.

Tetapi, ada satu penerbangan dari Terminal 2 KLIA menuju ke sebuah bandar terletak di Selatan Taiwan, iaitu Kaohsiung ! Penerbangan ini dioperasikan oleh syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Penerbangan dengan kod AK170 ini berlepas dari Terminal 2 KLIA pada jam 8:25 dan dijangka tiba di Kaohsiung pada jam 1:15 tengahari.

Kaohsiung International Airport
Kaohsiung International Airport. Gambar Diambil Ketika Sedang Beratur Bagi Urusan Imigresen

Jika anda bukan dari Kuala Lumpur pun jangan risau, sebab ada juga penerbangan terus dari Kota Kinabalu, setiap hari menuju ke Taipei yang dioperasikan oleh Air Asia serta penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Taipei dioperasikan oleh Starlux Airlines dan China Airlines.

Mesra Muslim

Walaupun populasi penduduk Muslim di Taiwan sangat sedikit, kira-kira 1% sahaja penduduk Muslim daripada keseluruhan populasi Taiwan.

Namun, negara ini adalah negara yang sangat mesra Muslim. Bukan sembang kosong ya, Taiwan saban tahun mendapat pengiktirafan di peringkat dunia dalam industri pelancongan mesra Muslim.

Terbaru, di dalam Global Muslim Travel Index (GMTI) yang dikeluarkan oleh Mastercard dan CrescentRating, Taiwan menduduki tempat ke-3 sebagai negara bukan ahli OIC yang mesra Muslim, di belakang Singapura dan United Kingdom !

Pada 2022 pula, Taiwan merangkul kategori Destinasi Bukan OIC Paling Inklusif" dalam "Halal Travel Awards" CrescentRating.

Anda tak perlu risau berkenaan solat sebab hab pengangkutan dan tarikan pelancong utama Taiwan, seperti lapangan terbang antarabangsa, Stesen Utama Taipei, Stesen Kaohsiung, Stesen Hualien, serta Stesen Kereta Api Kelajuan Tinggi Taichung , dan banyak lagi tempat mempunyai ruang solat Muslim.

Mereka juga mempunyai hotel mesra Muslim dan pelbagai restoran yang menyajikan menu Halal !

Hotel Mesra Muslim

Sepanjang kami berada di Taiwan selama 6 Hari 5 Malam, kami menginap di pelbagai hotel Mesra Muslim. Antaranya adalah CHATEU de CHINE Kaohsiung.

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
CHATEAU de CHINE Kaohsiung

Hotel ini bertaraf 4 bintang tapi bagi kami ia sangat-sangat mewah ! Cuba tengok bilik ni !

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Katil di CHATEAU de CHINE Kaohsiung

Hotel ini merupakan Hotel Mesra Muslim dan diiktiraf sebagai salah satu destinasi 'Muslim Friendly Tourism' oleh 'The Chinese Muslim Association'.

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Papan pengiktirafan dari The Chinese Muslim Association

Antara inisiatif pihak hotel bagi melayan tetamu Muslim adalah mereka menyediakan arah kiblat, jadual waktu solat dan sejadah di dalam bilik penginapan. Selain itu, mereka juga menyediakan menu makanan yang mesra muslim pada waktu sarapan.

CHATEAU de CHINE Kaohsiung
Tanda Arah Kiblat Di Dalam Bilik Penginapan
CHATEAU de CHINE Kaohsiung

Makanan Halal

Terdapat terlalu banyak restoran makanan halal di serata Taiwan, tak dapat kami nak senaraikan kesemuanya. Jadi, kami hanya senaraikan restoran-restoran yang kami kunjungi semasa trip kami ke Taiwan.

Destinasi 1 : Chen Lili Indonesian Restaurant

Di Kaohsiung, ada satu restoran masakan Indonesia iaitu Chen Lili Indonesian Restaurant.

9 Restoran Halal & Mesra Muslim Yang Kami Kunjungi di Taiwan !
Bahagian Hadapan Chen Lili Indonesian Restaurant
Chen Lili Indonesian Restaurant

Restoran ini terkenal juga, ramai pengunjung dari Indonesia dan Malaysia datang untuk menjamu selera ke sini. Buktinya ? Dinding-dinding di restoran ini dipenuhi dengan autograf pengunjung mereka. Salah seorangnya adalah Ayda Jebat !

Pengunjung menurunkan autograf mereka di dinding restoran ini, termasuk Ayda Jebat !
Pengunjung menurunkan autograf mereka di dinding restoran ini, termasuk Ayda Jebat !

Kami tak tahu sangat nama masakan dan lauk pauk yang dipesan, kami tau makan je. Tapi sangat sedapp, memang licinlah kami makan kesemuanya. Alhamdulillah !

Lili Chen
Chen Lili Indonesian Restaurant

Selain menghidangkan makanan yang Halal dan sedap, mereka juga menyediakan ruang untuk solat di tingkat atas tetapi ianya tidak besar. Boleh muat 2 orang pada satu masa. Jadi, jika anda datang ke sini, anda boleh menumpang untuk solat juga.

  • Alamat : No. 276號, Wufu 4th Rd, Yancheng District, Kaohsiung City, Taiwan 803
  • Pautan Lokasi : Klik Di Sini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 2 : Kaohsiung Halal Restaurant

Kaohsiung Halal restaurant

'Kaohsiung Halal Restaurant' yang terletak bersebelahan dengan Masjid Kaohsiung. Restoran ini menyediakan menu yang berasaskan daging !

Kaohsiung Halal restaurant
  • Alamat : No. 13號, Jianjun Rd, Lingya District, Kaohsiung City, Taiwan 802
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal & Dimiliki Muslim

Destinasi 3 : Turkey Private Chef Kitchen

Turkey Private Chef Kitchen

Sesuai namanya, restoran ini menyediakan makanan dari Turki. Rasanya memang asli kerana ia diusahakan oleh orang Turki yang menetap disini.

Turkey Private Chef Kitchen

Namun, yang paling mengujakan kami adalah restoran Turki disini turut menyediakan nasi dan lauk-pauk dengan selera Asia Timur, berbeza dengan restoran Turki yang kami pernah pergi sebelum ini yang hanya menyediakan menu berasaskan roti. Mungkin menu-menu yang berkonsepkan nasi dan lauk-pauk dibuat disebabkan asimilasi budaya yang berlaku.

  • Alamat : No. 131, Kaishan Rd, West Central District, Tainan City, Taiwan 700
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 4 : Mama Mia Resto

Di Tainan, kami singgah ke sebuah rumah makan Mama Mia Resto yang diusahakan oleh orang Indonesia disini.

Mama Mia Resto

Rumah makan ini agak kecil namun mereka menyediakan makanan yang amat sedap ! Sampai ke hari ini kami masih teringat-ingat menu yang dihidangkan kepada kami !

Mama Mia Asia Foods
Nasi Tumpeng
Mama Mia Asia Foods
Pilihan lauk yang boleh diambil secara buffet
  • Alamat : No. 192號, Section 1, Zhonghua W Rd, South District, Tainan City, Taiwan 702
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 5 : Halal Beef Noodle House

Semasa di Taipei, kami terus menuju ke sebuah restoran yang menyediakan makanan terkenal Taiwan, iaitu Beef Noodle. Beef Noodle ni memang ada di mana-mana bahagian di seluruh Taiwan. Tetapi, restoran ini menyediakan Beef Noodle yang Halal !

Halal Beef Noodle di Taipei

Destinasi 6 : Saturn Landing Turkish Coffee

Salah satu destinasi untuk minum petang di Taipei adalah di sebuah kafe dengan menu yang diinspirasikan dari Turki bermula dari kopi sehinggakan manisan Turki. Antara yang ada disini adalah Kunafa serta Baklava !

Saturn Landing Turkish Coffee

Kata pemandu pelancong kami, kafe ini tidak menerima pengunjung 'walk-in', jadi anda membuat tempahan dahulu sebelum mengunjungi kafe ini. Beliau sendiri katanya, menempah slot 2 minggu lebih awal.

Saturn Landing Turkish Coffee
  • Alamat : No. 14-2號, Lane 75, Yongkang St, Da’an District, Taipei City, Taiwan 106
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Mesra Muslim

Destinasi 7 : Gusto Pizza

Tidak melepaskan peluang menerjah sebanyak yang boleh restoran-restoran halal yang ada di Taipei, kami sempat juga menjamah pizza di Gusto Pizza. Ia sebuah kedai kecil yang menyajikan 'woodfire oven handmade pizza'.

Saturn Landing Turkish Coffee
  • Alamat : No. 74之1號, Lianyun St, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Mesra Muslim

Destinasi 8 : Kunming Islamic Restaurant

Kunming Islamic Restaurant adalah salah satu kedai halal yang menarik di Bandar Taipei. Paling tak sangka, restoran ini juga mempunyai teh tarik ala Malaysia ! Memang benar-benar mengubat kerinduan pada tanah air kita.

Kunming Islamic Restaurant
Kunming Islamic Restaurant
  • Alamat : No. 26號, Lane 81, Fuxing N Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 9 : Masala Art

Masala Art

Restoran yang terletak di Taipei Expo Park ini menyediakan makanan India yang halal. Memang sedap !

  • Alamat : No. 1號, Yumen St, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Mesra Muslim
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA