HalalXPlorer Logo
surga kulinari halal ! ini dia restoran yang anda boleh pergi di taiwan
28 March 2024

9 Restoran Halal & Mesra Muslim Yang Kami Kunjungi di Taiwan !

Kongsikan:

Baru-baru ini kami bersama rakan media ke Taiwan dalam satu lawatan bersempena dengan 'Taiwan Lantern Festival 2024', yang berlangsung di Tainan, Taiwan.

Alang-alang itu, kami sempat juga menerokai sisi-sisi indah negara pulau di Asia Timur ini. Antaranya adalah kulinari halal di Taiwan ! Jadi, kali ini kami nak kongsikan tempat-tempat makan yang Mesra Muslim & Halal yang kami kunjungi sepanjang berada di Taiwan !

Destinasi 1 : Chen Lili Indonesian Restaurant

Di Kaohsiung, ada satu restoran masakan Indonesia iaitu Chen Lili Indonesian Restaurant.

9 Restoran Halal & Mesra Muslim Yang Kami Kunjungi di Taiwan !
Bahagian Hadapan Chen Lili Indonesian Restaurant
Chen Lili Indonesian Restaurant

Rupanya restoran ini terkenal juga, ramai pengunjung dari Indonesia dan Malaysia datang untuk menjamu selera ke sini. Buktinya ? Dinding-dinding di restoran ini dipenuhi dengan autograf pengunjung mereka. Salah seorangnya adalah Ayda Jebat !

Pengunjung menurunkan autograf mereka di dinding restoran ini, termasuk Ayda Jebat !
Pengunjung menurunkan autograf mereka di dinding restoran ini, termasuk Ayda Jebat !

Kami tak tahu sangat nama masakan dan lauk pauk yang dipesan, kami tau makan je. Tapi sangat sedapp, memang licinlah kami makan kesemuanya. Alhamdulillah !

Lili Chen
Chen Lili Indonesian Restaurant

Selain menghidangkan makanan yang Halal dan sedap, mereka juga menyediakan ruang untuk solat di tingkat atas tetapi ianya tidak besar. Boleh muat 2 orang pada satu masa. Jadi, jika anda datang ke sini, anda boleh menumpang untuk solat juga. Ini lokasinya :

  • Alamat : No. 276號, Wufu 4th Rd, Yancheng District, Kaohsiung City, Taiwan 803
  • Pautan Lokasi : Klik Di Sini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 2 : Kaohsiung Halal Restaurant

Kaohsiung Halal restaurant

'Kaohsiung Halal Restaurant' yang terletak bersebelahan dengan Masjid Kaohsiung. Restoran ini menyediakan menu yang berasaskan daging !

Kaohsiung Halal restaurant
  • Alamat : No. 13號, Jianjun Rd, Lingya District, Kaohsiung City, Taiwan 802
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal & Dimiliki Muslim

Destinasi 3 : Turkey Private Chef Kitchen

Turkey Private Chef Kitchen

Sesuai namanya, restoran ini menyediakan makanan dari Turki. Rasanya memang asli kerana ia diusahakan oleh orang Turki yang menetap disini.

Turkey Private Chef Kitchen

Namun, yang paling mengujakan kami adalah restoran Turki disini turut menyediakan nasi dan lauk-pauk dengan selera Asia Timur, berbeza dengan restoran Turki yang kami pernah pergi sebelum ini yang hanya menyediakan menu berasaskan roti. Mungkin menu-menu yang berkonsepkan nasi dan lauk-pauk dibuat disebabkan asimilasi budaya yang berlaku.

  • Alamat : No. 131, Kaishan Rd, West Central District, Tainan City, Taiwan 700
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 4 : Mama Mia Resto

Di Tainan, kami singgah ke sebuah rumah makan Mama Mia Resto yang diusahakan oleh orang Indonesia disini.

Mama Mia Resto

Rumah makan ini agak kecil namun mereka menyediakan makanan yang amat sedap ! Sampai ke hari ini kami masih teringat-ingat menu yang dihidangkan kepada kami !

Mama Mia Asia Foods
Nasi Tumpeng
Mama Mia Asia Foods
Pilihan lauk yang boleh diambil secara buffet
  • Alamat : No. 192號, Section 1, Zhonghua W Rd, South District, Tainan City, Taiwan 702
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 5 : Halal Beef Noodle House

Semasa di Taipei, kami terus menuju ke sebuah restoran yang menyediakan makanan terkenal Taiwan, iaitu Beef Noodle. Beef Noodle ni memang ada di mana-mana bahagian di seluruh Taiwan. Tetapi, restoran ini menyediakan Beef Noodle yang Halal !

Halal Beef Noodle di Taipei

Destinasi 6 : Saturn Landing Turkish Coffee

Salah satu destinasi untuk minum petang di Taipei adalah di sebuah kafe dengan menu yang diinspirasikan dari Turki bermula dari kopi sehinggakan manisan Turki. Antara yang ada disini adalah Kunafa serta Baklava !

Saturn Landing Turkish Coffee

Kata pemandu pelancong kami, kafe ini tidak menerima pengunjung 'walk-in', jadi anda membuat tempahan dahulu sebelum mengunjungi kafe ini. Beliau sendiri katanya, menempah slot 2 minggu lebih awal.

Saturn Landing Turkish Coffee
  • Alamat : No. 14-2號, Lane 75, Yongkang St, Da’an District, Taipei City, Taiwan 106
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Mesra Muslim

Destinasi 7 : Gusto Pizza

Tidak melepaskan peluang menerjah sebanyak yang boleh restoran-restoran halal yang ada di Taipei, kami sempat juga menjamah pizza di Gusto Pizza. Ia sebuah kedai kecil yang menyajikan 'woodfire oven handmade pizza'.

Saturn Landing Turkish Coffee
  • Alamat : No. 74之1號, Lianyun St, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Mesra Muslim

Destinasi 8 : Kunming Islamic Restaurant

Kunming Islamic Restaurant adalah salah satu kedai halal yang menarik di Bandar Taipei. Paling tak sangka, restoran ini juga mempunyai teh tarik ala Malaysia ! Memang benar-benar mengubat kerinduan pada tanah air kita.

Kunming Islamic Restaurant
Kunming Islamic Restaurant
  • Alamat : No. 26號, Lane 81, Fuxing N Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Halal

Destinasi 9 : Masala Art

Masala Art

Restoran yang terletak di Taipei Expo Park ini menyediakan makanan India yang halal. Memang sedap !

  • Alamat : No. 1號, Yumen St, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491
  • Pautan Lokasi : Klik Disini
  • Status Halal : Mesra Muslim
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA