Perlis ni salah satu destinasi kegemaran ramai sebab suasananya tenang je. Penduduk tidak padat, pembangunan konkrit tidak terlalu ketara dan masih banyak warisan serta khazanah alam yang terjaga rapi.
Tak hairanlah memang ramai yang 'healing' di negeri ini. Tenang aje kan. Haa tapi, kalau nak lagi tenang, boleh singgah sarapan atau makan tengahari di Ngulang Kopitiam.
Walaupun kopitiam klasik ini beroperasi dari sebuah rumah tradisional, bagaimanapun perniagaan ini baru saja dibuka pada 2022. Rumah lama ini dibeli oleh Sharifah Faezah Al-Qadry, umur 67 tahun. Ia kemudian dibina semula dengan kos keseluruhan melebihi RM100 ribu.
Pelbagai Menu Menarik
Kalau air tangan orang lama, menu-menu klasik dia memang kita kena cuba.
Paling kena cuba, Nasi Rendang. Nasi Rendang ni sebenarnya nasi goreng dengan ikan tumbuk. Simple, Tapi rasa dia MasyaAllah. Memang rasa opah buatK.
Antara menu lain adalah jagung nyoq, pulut hitam makan dengan ikan, laksa goreng, ketupat sotong, nasi lemak, nasi dagang, mee kari, laksa nyonya, lontong, masak , masak asam pedas, kari, daging salai masak lemak cili api, roti bakar dan pelbagai lagi menu yang mendapat permintaan tinggi pelanggan yang datang.
Dekorasi Antik
Dekorasi pula memang cantik, penuh dengan barang antik dan 'vintage'. Menu pun dihidangkan menggunakan pinggan style orang lama.
Kata Sharifah, memang itulah cita-citanya yang telah lama terpendam.
"Sejak kecil saya saya berminat dengan barang-barang antik. Setelah berkahwin saya mula serius menyimpan pinggan mangkuk, barangan dapur, perabot dan peralatan lama.
"Apabila kopitiam ini siap saya jadikan produk dan koleksi saya ini sebagai dekorasi di dalam kopitiam ini,"
Antara koleksi yang ada di kopitiam ini ialah siya Baba Nyonya Melaka, mesin jahit, lemari lama, dulang, mangkuk tingkat (siya), mesin taip, senduk, dan lain lain lagi.
Berada di dalamnya seperti berada dalam kedai makan tahun 60-an. Tenang dan selesa.
Lokasi
Ngulang Kopitiam, 410, Jalan Jejawi-Tok Kayaman, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi
8AM-3PM (Tutup Rabu)