Sistem pagar automatik (auto gate) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini boleh diguna oleh pelawat asing dari 10 negara berisiko rendah bagi menangani isu kesesakan di pintu masuk utama negara.
10 negara tersebut adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia, New Zealand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Brunei dan Arab Saudi.
Keputusan itu akan memberi manfaat kepada hampir 855,000 pengunjung atau 27.1 peratus daripada jumlah kemasukan pelawat asing yang memasuki negara ini.
Bagaimanapun, kemudahan autogate kepada pelanncong asing hanya akan beroperasi ketika waktu puncak.