Kalau datang ke Seremban wajib singgah disini terutamanya waktu tengahari.
Ini adalah The Rimba terletak di Lavender Heights, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Mereka menyajikan makanan tengahari dan juga minum petang.
Sewaktu makan tengahari, disini terdapat lebih 60 jenis lauk-pauk dan kuih-muih tradisional yang diletakkan di meja sepanjang 50 kaki untuk memenuhi pelbagai selera pelanggan.
Tempat pun selesa dan tempat letak kenderaan pun banyak. Paling best, rasa sedap dan harga marhaen.
Lokasi
The Rimba, Lavender Heights, Simpang Taman Lavender Heights, Jalan Kuala Pilah, Seremban Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
11am - 6pm (Tutup: Selasa & Rabu)
Telefon
013-788 8565