HalalXPlorer Logo
roti canai ular di kelantan apa hukumnya ini kata mufti
15 December 2023

Roti Canai Ular di Kelantan ! Apa Hukumnya ? Ini Kata Mufti

Kongsikan:

Baru-baru ini tular semula berkenaan roti canai berbentuk ular dihasilkan oleh seorang pengusaha roti canai, Che Harun Ali, dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu.

Hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular yang tular ini adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber yang halal.

Roti Canai Ular di Kelantan ! Apa Hukumnya ? Ini Kata Mufti

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana tujuan pembelian itu semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.

“Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.

Roti Canai Ular di Kelantan ! Apa Hukumnya ? Ini Kata Mufti

“Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia,” katanya.

Roti Canai Ular di Kelantan ! Apa Hukumnya ? Ini Kata Mufti

Beliau turut mengingatkan umat Islam agar tiada unsur mempersendakan agama ketika memakan roti canai ular berkenaan.

“Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.

Roti Canai Ular di Kelantan ! Apa Hukumnya ? Ini Kata Mufti

“Masyarakat juga diingatkan tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif,” katanya.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA