Taman tema air adalah salah satu destinasi percutian yang sesuai buat seisi keluarga. Buat yang muda, boleh berseronok dengan pelbagai permainan seperti gelongsor air. Manakala buat yang lebih tua, merehatkan minda sambil celup-celup kaki pun sudah cukup memuaskan.
Tak hairanlah semakin banyak taman tema air mula dibuka di seluruh negara termasuklah di negeri Kelantan.
Haa betul tu, kalau di Kelantan salah satu destinasi yang anda boleh pergi untuk bermandi-manda adalah Rania Sofia Resort yang terletak di jajahan Pasir Mas.
Harga Tiket Rania Sofia Resort
Orang luar terutamanya warga Lembah Klang jangan terkejut tau sebab harga tiket taman tema air disini adalah serendah RM8 sahaja !
Ini adalah senarai penuh harga tiket untuk masuk ke Rania Sofia Resort.
- Dewasa (13tahun-59tahun) : RM12/seorang
- Kanak-Kanak (2tahun-12tahun) : RM10/seorang
- Warga emas (60 tahun ke atas) @ oku : RM8/seorang
- Kanak-Kanak bawah 2 tahun : percuma
Lokasi
- Rania Sofia Resort (Kolam Mandi) 261, Kampung Cherang Hangus, 17200 Pasir Mas, Kelantan