Ibadah Umrah adalah salah satu Ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Pasti ramai dari kita sedang merancang untuk mengerjakan ibadah tersebut di kota suci Mekkah dan menziarahi kota Madinah yang terletak di Arab Saudi.
Bagaimanapun, Arab Saudi memerlukan seseorang untuk mempunyai visa bagi memasuki negara tersebut. Jadi, apakah syarat dan dokumen yang diperlukan bagi memohon visa umrah dari kerajaan Arab Saudi ? Ini jawapannya :
Tatacara Permohonan Visa Umrah
- Bayaran DEPOSIT (SETIAP seorang) untuk pendaftaran.
- Bayaran harga penuh pakej (45 hari sebelum tarikh berlepas)
- Mengisi borang pendaftaran Umrah dengan lengkap serta tandatangan
- Pasport Malaysia (Tempoh sah laku tidak kurang 6 BULAN dari tarikh pulang) &
- mempunyai 6 muka surat kosong berturutan
- Buku / Sijil Suntikan Meningitis ACYW 135 (SETIAP seorang)
- Menyediakan 4 keping gambar berwarna. (SETIAP seorang)
- Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm
- Berlatar belakang putih
- Zoom muka 80%
- Lelaki : Tidak memakai songkok/kopiah/apa-apa diatas kepala
- Wanita : Bertudung HITAM
- Salinan Kad Pengenalan yang terang dan jelas. (SETIAP seorang)
- Dokumen sokongan tambahan
Dokumen tambahan diperlukan sekiranya:
- Wanita dibawah umur 46 tahun
- Lelaki dibawah 18 tahun
No | Status Jemaah | Mahram | Dokumen Diperlukan | Pengesahan |
1. | Isteri | Suami | Salinan Sijil Nikah | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra |
2. | Ibu | Anak Lelaki (19 tahun ke atas) | Salinan Sijil Lahir Anak Lelaki | Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Agama Islam Wisma Putra |
3. | Anak Perempuan (15 tahun ke bawah) & Anak Lelaki (bawah 13 tahun) Ibu Perlu Ikut Serta | Bapa | Salinan Sijil Lahir Anak Sijil Nikah Ibu Bapa Bagi Perempuan yang telah berkahwin, sertakan sijil nikah | Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Agama Islam Wisma Putra |
Bagi Perempuan Yang Telah Berkahwin, Surat Izin Suami/LOC Diperlukan | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra | |||
4 | Adik Perempuan (15 tahun ke bawah) & Adik Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut Serta | Adik Beradik Lelaki (19 tahun ke atas) | Salinan Sijil lahir (Setiap Seorang) Sijil Kematian Bapa (Jika Bapa Meninggal) Bagi Perempuan Yang Telah Berkahwin, Sertakan Sijil Nikah | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra |
Surat Izin/LOC Dari Bapa Atau Suami (Jika Sudah Berkahwin) | Pesuruhjaya Sumpah Wisma Putra | |||
5 | Anak Angkat (Ibu Perlu Ikut serta) | Bapa Angkat | Salinan Sijil Angkat | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra |
6 | Anak Tiri (Ibu Perlu Ikut Serta) | Bapa Tiri | Salinan Sijil Lahir Anak Tiri Salinan Sijil Cerai Ibu & Bapa kandung Sijil Nikah & Bapa Tiri Sijil Kematian (Jika Bapa Meninggal) | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra Jabatan Agama Islam |
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung dan Salinan Kad Pengenalan | Pesuruhjaya Sumpah Wisma Putra | |||
7 | Cucu Perempuan (15 tahun ke bawah) & Cucu Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut Serta | Datuk | Salinan Sijil Lahir Cucu Salinan Sijil Lahir Ibu/Bapa Yang Menunjukkan Hubungan | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra |
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung dan Salinan kad Pengenalan Bapa | Pesuruhjaya Sumpah Wisma Putra | |||
8 | Anak Saudara Perempuan (15 tahun ke bawah) & Anak Saudara Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut Serta | Bapa Saudara(Mesti Membawa Isteri) | Salinan Sijil Lahir Anak Saudara Salinan Sijil Lahir Bapa Saudara Salinan Sijil Lahir Ibu/Bapa Yang Menunjukkan Salinan Kad Pengenalan Bapa/Suami/Penjaga | Jabatan Pendaftaran Negara Wisma Putra |
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung Dan Salinan Kad Pengenalan | Pesuruhjaya Sumpah Wisma Putra |