Salah satu perkara terbaik tentang melancong adalah makanan & masakan yang ditawarkan oleh setiap destinasi, tetapi kadangkala anda perlu beratur panjang untuk menikmati juadah di restoran terkenal tersebut dan ini boleh mengurangkan keinginan anda untuk menikmati juadah tersebut.
airasia Super App kini memperkenalkan perkhidmatan serba baharu, khusus untuk menangani kesulitan beratur di restoran terkenal di destinasi pelancongan, bermula di kota raya Bangkok, atau yang kini digelar Krung Thep Maha Nakhon.
'Perkhidmatan Beratur' oleh airasia food, yang boleh digunakan di Bangkok, membolehkan pelancong dan warga tempatan sama-sama menempah perkhidmatan tersebut dan penunggang airasia beratur untuk mereka di restoran yang terlibat seperti CQK HOTPOT, Jeh O Chula, Lek Seafood Yaowarat, Khun Ple Mookata dan Yi Ja Suki Mala untuk perkhidmatan makan malam boleh ditempah terlebih dahulu untuk mana-mana hari dari 6 petang - 8 malam.
Cuba dan gunakan perkhidmatan ini sekarang melalui airasia Super App dengan menekan ikon ‘Food’ dan ikuti langkah mudah berikut:
- Sebaik sahaja anda klik pada ikon 'Food', Pilih 'Perkhidmatan Beratur'
- Pilih restoran yang terlibat (CQK HOTPOT, Jeh O Chula, Lek Seafood Yaowarat, Khun Ple Mookata dan Yi Ja Suki Mala ialah restoran yang mengambil bahagian buat masa ini)
- Masukkan bilangan orang yang akan menjamu selera di restoran tersebut
- Bersetuju dengan terma dan syarat kami, kemudian sahkan lokasi restoran
- Tempah perkhidmatan dan pilih tarikh dan masa yang anda inginkan (perkhidmatan makan malam boleh ditempah terlebih dahulu untuk mana-mana hari dari 6 petang - 8 malam)
- Yuran perkhidmatan bermula daripada 300 THB.