Selama ini kita kenali Melaka sebagai bandaraya bersejarah sahaja kan. Tetapi, sebenarnya banyak lagi tarikan di Melaka yang unik dan tak boleh dijumpai di tempat lain.
Terbaru, Taman Sigua atau Taman Biawak dengan anggaran kos sebanyak RM8 juta akan dibina sebagai tarikan terbaharu pelancong ke negeri ini.
Katanya produk berkonsepkan taman teman itu adalah penjenamaan semula Taman Lanun atau ‘Pirate Park’ di Jalan Tun Ali, Kampung Bunga Paya Pantai yang sudah ditutup sebelum ini akibat masalah kerosakan peralatan.
Kerja-kerja pemulihan taman berkenaan dijangka bermula tahun ini sebelum kawasan itu akan ‘dihidupkan’ semula sebagai taman biawak sebagai tarikan terbaharu yang akan menyumbang kepada Melaka River Cruise (MRC).