Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022.
Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh ambil susur keluar Gopeng ataupun Simpang Pulai.
Paling senang naik ETS sebab lokasinya terletak bersebelahan Stesen KTM Batu Gajah. Tarikan ini juga akan dibuka bersama Galeri Lat, kartunis terkenal berasal dari Perak. Kalau lihat ilustrasi besar juga kawasannya.
Tetapi, betul ker ini adalah premium outlet seperti kata kebanyakan orang?
Pada kami, melihatkan faktor lokasi, seni bina bangunan, kuasa membeli tempatan, dan keadaan ekonomi semasa, mungkin jenama yang berada di sini tidak akan 'gah' seperti di Mitsui Outlet Park, Johor Premium Outlet dan Genting Premium Outlet.
Kemungkinan besar outlet disini lebih kurang seperti di Design Village Pulau Pinang, dan Freeport A'Famosa Outlet di Melaka. Sebab itu nama outlet disini pula adalah Silverlakes Village Outlet.
Okaylah tu kan. Tak sabar juga kami nak singgah nanti.