Apabila menempah penerbangan, pernahkah anda terfikir tentang tempat duduk mana yang paling melindungi anda semasa kecemasan? Mungkin tidak.
Kebanyakan orang menempah tempat duduk untuk keselesaan, seperti ruang kaki, atau kemudahan, seperti akses mudah ke tandas. Bahkan, mungkin ada juga yang menempah tempat duduk mereka sedekat mungkin dengan bahagian hadapan supaya mereka boleh turun dengan lebih cepat.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya mengikut statistik, tempat duduk tengah di barisan terakhir adalah tempat duduk paling selamat di dalam kapal terbang !
Tempat Duduk di Belakang & di Tengah-Tengah
Siasatan TIME yang melihat data kemalangan pesawat selama 35 tahun mendapati kerusi tengah di tempat duduk belakang pesawat mempunyai kadar kematian terendah: 28%, berbanding 44% untuk tempat duduk lorong tengah.
Ini secara logiknya juga masuk akal. Duduk di bahagian pertengahan pesawat akan sentiasa memberikan anda jalan keluar terpantas sekiranya berlaku kecemasan, dengan syarat tiada kebakaran di sebelah itu. Tetapi sayap pesawat menyimpan bahan api, jadi ini memnbuatkan penumpang di bahagian tengah sukar untuk selamat.
Pada masa yang sama, penumpang yang lebih dekat ke hadapan bermakna anda akan terjejas sebelum mereka yang berada di belakang, sekaligus menjadikan penumpang di belakang mempunyai risiko terendah.
Tetapi, mengapa tempat duduk tengah lebih selamat daripada kerusi tingkap atau lorong ? Ia disebabkan penampan yang disediakan dengan mempunyai orang di kedua-dua belah pihak.
Perjalanan udara selamat
Kajian itu hanyalah di atas kertas,bagaimanapun anda tidak seharusnya terlalu risau dan memikirkan mengenai tempat duduk anda. Ini kerana perjalanan udara adalah cara pengangkutan yang paling selamat. Pada 2019, terdapat hanya di bawah 70 juta penerbangan di seluruh dunia, dengan hanya 287 kematian.
Menurut analisis data banci Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, kemungkinan kematian dalam pesawat adalah kira-kira 1 dalam 205,552, berbanding dengan 1 dalam 102 dalam kereta.
Terus terang, tidak perlu risau tentang keselamatan apabila anda menaiki penerbangan komersial. Tetapi jika anda masih overthinking, boleh menempah tiket dengan kedudukan kerusi seperti yang kami nyataka, tempat duduk di belakang dan di tengah-tengah !