HalalXPlorer Logo
malaysia airlines perlu lebih ramai pilot juruterbang
16 November 2023

Industri Berkembang, Malaysia Airlines Perlu Lebih Ramai Juruterbang

Kongsikan:

Malaysia Airlines Bhd sasar untuk meningkatkan operasi penerbangannya ke paras optimum seawal tahun depan sebaik masalah kekurangan juruterbangnya diatasi.

Sehingga kini, MAB memiliki seramai 927 juruterbang yang mengendalikan armada penerbangannya termasuk B737-800, A330-300, A330-200, A350-900 dan A380-800.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kapten Izham Ismail berkata, ketika ini syarikat penerbangan itu memerlukan tambahan 150 juruterbang lagi bagi memastikan operasinya dapat berjalan dengan lebih lancar.

Sehingga kini katanya, pihaknya sudah merekrut kira-kira 60 juruterbang baharu, selain sedang melatih lagi 250 juruterbang setakat tiga minggu lalu.

“Mengikut anggaran kami, industri di rantau ini memerlukan kira-kira 255,000 juruterbang menjelang tahun 2035 dengan Malaysia adalah salah satunya.

“MAB juga saya boleh katakan turut terkesan dengan masalah ini. Sewaktu prestasi syarikat sedang meningkat pada pertengahan suku kedua lalu, operasi kami terjejas akibat masalah kekurangan juruterbang.

“Ini menyebabkan MAB terpaksa memperlahankan langkah pengembangan memulihkan semula prestasi syarikat,” katanya ketika ditemui pada majlis graduasi juruterbang dan anak kapal MAB di akademinya di Kelana Jaya.

Pada majlis itu, seramai 20 juruterbang dan 82 anak kapal menamatkan latihan mereka. Selain itu, MAB juga menerusi akademinya buat julung kali melahirkan juruterbang wanita pertamanya iaitu Kapten Pearl Wendy Mak.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA