Ekspres Rakyat Timuran adalah perkhidmatan keretapi yang popular bermula daripada Johor Bahru hingga ke Tumpat di Kelantan. Ianya merupakan satu mengembaraan sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dikalangan orang luar dengan gelaran “Jungle Railway”.
Walaupun ianya dipanggil Jungle Railway, sebenarnya ianya lagi menarik dan unik kerana anda bakal disajikan dengan kecantikan hutan hujan tropika dan gunung ganang di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, sepanjang perjalanan dari Johor Bahru ke Tumpat terdapat juga perhentian di tempat-tempat lain di Pahang antara ialah Kuala lipis, Kerambit, Jerantut dan banyak lagi.
Jika anda daripada Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan ETS dari KL Sentral ke perhentian Gemas.
Tempat duduk yang disediakan pelbagai sesuai dengan harga dan kemampuan. Jika anda dari JB Sentral, kami galakkan anda untuk ambil Superior Night ataupun Sleeper Coach. Ianya sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan membolehkan anda tidur dengan selesa. Selain itu ada juga Kelas Superior dan Kelas Permier.
Pengalaman Menaiki KTM Ekspres Rakyat Timuran
Ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh Hamka Haizad di Facebook beliau seperti dibawah:
Kami merasakan ianya merupakan trip yang mesti dicuba sekali seumur hidup terutamanya kepada mereka yang minat dengan aktiviti mengembara dan meneroka perkara baharu.