Ketika bercuti , tempat tidur adalah antara aspek yang perlu difikirkan. Sudah pasti, kita semua mahukan yang terbaik ketika bercuti. Jadi, ini adalah antara tips bagi memilih hotel atau tempat penginapan yang bersesuaian buat anda !
Pilih Mengikut Bajet Sendiri
Ni paling penting sebab ada sesetengah hotel mempunyai caj tersembunyi. Jadi, pastikan tengok betul-betul harga keseluruhan. Bagaimana untuk tahu jika sesuatu hotel atau tempat penginapan itu berbaloi atau tak?
Salah satunya, semak harga pada tarikh lain (padanan weekend-weekend; weekdays-weekdays bergantung pada hari anda nak pergi) kalau harga pada tarikh yang anda mahukan berkali ganda lebih mahal berbanding padanan diwaktu lain, boleh pilih hotel lain. Itu maknanya kualiti perkhidmatan hotel akan jatuh sbb demand pelanggan yang tinggi pada masa tu. Tapi kalu cuti umum yang panjang memang tak boleh buat apa dah sebab memang semua tempat pun penuh, cume biarlah berbaloi. Jangan tempah hotel yang buat kita rasa menyesal dan mengomel bila balik.
Jangan Terpengaruh Dengan Nama
Ni paling ramai silap, tu yang bila dah masuk bilik akan keluar dari mulut “macam ni ke hotel 4 bintang?” Ingat, Jangan sesekali terpengaruh dengan nama yang masyhur atau bintang. Ada hotel 4 bintang pun bilik air tersumbat, almari berhabuk.
Baca Review
Zaman sekarang, semuanya di hujung jadi. Boleh semak review pelanggan sebelum ini di laman web hotel tersebut, atau di laman web 'third party' seperti di Booking.Com, Agoda, TripAdvisor atau yang paling hangat sekarang adalah sebuah kumpulan komuniti Hotel Review Malaysia. Jangan lupa baca banyak review dan komen juga sebab pengalaman org lain-lain kadang-kadang tidak sama.
Periksa Keluasan Bilik
Pastikan anda semak keluasan bilik. Boleh bandingkan keluasan bilik VS harga. Kalau yang angkut anak ramai lagi la penting saiz bilik. 30meter persegi ke bawah, harga tidak patut lebih dari RM180/malam.
Periksa Kemudahan & Fasiliti
Jika anda menginap di hotel untuk bersantai dan bercuti, SANGAT PENTING untuk ambil tahu apa kemudahan yang ada. Sesetengah hotel hanya bilik sahaja. Sesetengahnya lengkap dgn pool, restaurant, gym, dan lain-lain. Sebaiknya hubungi pihak hotel untuk bertanyakan berkenaan fasiliti di premis mereka.
Antara yang boleh ditanyakan adalah kolam renang untuk kanak-kanak. Sekarang banyak tempat tak ada kolam kanak-kanak.. Memang boleh pakai pelampung atau arm band budak, tapi hati tak tenang berbanding ada kids pool.
Sarapan Pagi
Ini pun penting sebab makan is for life ! Happy tummy happy life ! Semak dengan hotel berkenaan pakej bersama sarapan atau tambahan caj jika ia berasingan. Sesetengah hotel sudah memasukkan caj harga sarapan bersama dengan bilik. Sesetengahnya memang tidak ada sarapan, ada juga jenis hotel yang kena 'add-on' untuk sarapan. Jadi kena ambil tahu.
Port Makan
Kadang-kadang kita stay hotel tapi taknak makan hotel, jadi kena tahu port makan terdekat supaya tidak membazirkan masa, tenaga dan minyak kenderaan untuk keluar mencari makan. Best kalau port makan menarik dekat je dengan hotel, walking distance.
Kalau malas, boleh je guna food delivery skarang merata-rata dah ada, tak jadi masalah kan. Kalau jenis malas nak turun, room service sangat penting. Kena tanya sebab sesetengah hotel memang tak buat room service. Jangan pukul rata semua hotel ada room service.
Tempat Letak kenderaan
Ini pun perkara remeh tapi ramai yg komplen. Ada hotel bajet yang tidak menyediakan kawasan letak kenderaan untuk tetamu, ada hotel yang mengenakan caj mahal bagi tempat letak kenderaan. Ada juga kes tempat letak kereta di tingkat bawah tanah yang terlalu sempit sehinggakan kenderaan besar seperti pacuan 4 roda tak muat nak masuk. Jadi, kena hubungi pihak hotel dan bertanya dahulu.
Saiz Katil
Untuk yang pergi dengan keluarga, usually memang mahukan katil besar la kan. Jadi, anda kena request awal, jangan tak request, nanti sampai hotel baru nak request, ada kemungkinan anda tak akan dapat. Kalau ade bayi, minta baby cot, senang tidur malam tapi pastikan keluasan bilik tu selesa nak solat, anak main-main dan lain-lain.
Periksa Amenities
Masuk je bilik, cek coffee, tea, air mineral, sabun shampoo, towel, floor mat (ni asas) ade ke tak. Kalau tak ada terus call receptionist & minta. Selain itu, cek air panas, fridge dan aircond, kalau tak okay, trus minta pihak hotel untuk periksa. Jangan biarkan je, nanit malam tak dapat tidur sebab panas.
Late Checkout
kalau perlukan late checkout, awal-awal tanyea pada receptionist. Kalau available, tanye die maksimum jam berapa keluar tanpa perlu bayar extra. . Sangat penting utk ambil tahu check-in & check-out jam berapa.