Alhamdulillah, mulai 6 September 2024 pengunjung boleh menunaikan solat Jumaat di musalla pusat beli-belah IOI City, Putrajaya.
Menerusi hantaran di Facebok pusat beli-belah IOI City, solat Jumaat itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah Sepang (PAID).
Solat Jumaat akan bermula 6 September 2024, pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang yang terletak di musalla Arah Timur. Inisiatif ini memberi kemudahan lebih baik kepada Jemaah lelaki.
Memang elok sangat, IOI City Mall juga terkenal kerana merupakan antara pusat membeli-belah yang mempunyai surau yang luas dan cantik.
Tiada alasan lagi dah untuk pekerja lelaki Muslim untuk solat jumaat. Lelaki lain pun dah boleh keluar shopping sini hari jumaat sebab senang nak solat.
Buat wanita pula, kena take note. Hari jumaat waktu Zuhur tu ada solat jumaat di Musolla IOI City Mall. Jadi, kena tunggu kejap atau solat di surau lain. Di IOI City Mall ada 3 lokasi surau.
Anda boleh menggunakan Surau di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas), Lower Ground (berhampiran Tony Roma's & Ayu Borneo), Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) semasa solat jumaat berlangsung.
Dengar cerita, butik Siti Khadijah juga mempunyai ruang solat kecil. Boleh lah, sambil solat sambil merasa telekung premium !