MAHA adalah singkatan kepada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) Bermula pada tahun 1923, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan, atau singkatannya MAHA ini telah menjadi pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara.
Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA telah menjadi pameran sektor pertanian yang sentiasa dinanti oleh segenap lapisan masyarakat kerana membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Menerusi siri pameran yang dianjurkan, MAHA telah menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Jika anda merancang untuk turut sama memeriahkan acara MAHA 2024 ini, anda perlu tahu berkenaan tempat letak kenderaan dan laluan bas di dalam tapak MAHA 2024.
'Parking' Kenderaan di MAHA 2024
Rujuk Peta MAHA 2024 yang disertakan, ada 2 kawasan letak kenderaan. P1 di dalam Zon 1 (Warna Hijau) dan P2 di Zon 6 (Warna Kuning).
Pertama sekali, Zon 1 (Warna Hijau) adalah dari UPM/ Hospital Serdang. Yang itu, anda akan sampai ke Laman Tiba 1 (LT1) . Satu lagi, Zon 6 tu pintu masuk adalah direct dari Lebuhraya SKVE. Yang ni anda akan sampai di Laman Tiba 2 (LT2).
Di LT1 ada 5,000 lot letak kereta. Lebih luas dari LT2. Kalau anda mahu membeli makanan dan nak 'aircond' terlebih dahulu, boleh meletakkan kereta disini kerana anda akan tiba di ruang pameran dalam dewan dahulu sebaik sampai di LT1. Jualan makanan, produk IKS, banyaknya tertumpu di kawasan sini ya.
Tetapi, kalau anda mahu membeli pokok-pokok ataupun mahu berjalan-jalan ke Laman Perikanan, Laman Ternakan, Laman Nenas, Laman Padi dan macam-macam pameran 'outdoor', anda boleh parkir di LT2. Disini ada 3,500 lot letak kereta.
Masuk melalui LT2 tak ada makanan ker? Ada juga satu 'Food Festival', tetapi lebih banyak pameran 'outdoor' seperti yang disebutkan tadi.
Tetapi, kedua-dua kawasan letak kenderaan ini ada Pros N Cons yaa. LT1 lebih luas dan cepat sebab laluan masuk ada 3 lorong manakala LT2 hanya ada 1 lorong. Jadi 'bottleneck' sikit.
Lagi satu parking di LT1 lebih luas dari LT2. Jadi, lebih banyak peluang untuk parking. Tapi kemungkinan anda perlu parking jauh lah sebab tapaknya luas sangat. Tapi jangan risau sebab akan ada 'tram' yang bawa anda ke tapak pameran. Nanti kami cerita lagi berkenaan tram ini ya.
Nak masuk parking, kad Touch N Go , serta serta kad kredit/debit saja diterima dengan kadar bayaran RM5. Jadi, pastikan baki kad anda cukup dan dikeluarkan siap-siap supaya memudahkan orang belakang.
Kalau anda parking di bahu jalan atau mana-mana tempat lain tu belakang kira la ya.
Dah lepas 'parking' tu, jangan lupa ambil gambar kenderaan anda dan kawasan sekeliling supaya tak sesat dan boleh ke kenderaan dengan selamat. Tak adalah masuk pintu lain, balik pintu lain. Last-last tak jumpa kereta.
Pengangkutan Awam MAHA 2024
Kalau malas fikir sesak dan parking, boleh naik perkhidmatan E-Hailing dari Stesen KTM Komuter Serdang ataupun Putrajaya Sentral. Boleh pilih Grab atau MyCar.
Kalau nak naik bas percuma dari IOI City Mall Putrajaya, KTM Serdang, MRT UPM, Parkir Utama UPM, & Padang Kawad UPM pun ada. Bas percuma / shuttle ini disediakan dengan kekerapan setiap bas 30 minit.
Tram & Shuttle Bus di MAHA 2024
Tram & Bas Rapid ini ada banyak. Ada 5 laluan. Rujuk peta yang kami sertakan. Kiranya, shuttle bus ni 'cover' keseluruhan kawasan MAEPS cuma mengikut laluan dan anda kena 'transit' atau tukar bas jika destinasi anda tak sama dengan laluan.
Jadi, nanti anda kena tengok betul-betul laluan bas ini dan destinasinya. Ada laluan A,B,C,D & E. Memang kena ada peta di dalam telefon untuk rujuk destinasi anda nak pergi menggunakan tram laluan yang mana.
Nak naik bas ini, jangan berebut sebab boleh tahan banyak. Boleh kata dalam 5 minit sekali. Tapi, kalau anda dari tempat letak kenderaan, 'parking' lah jauh sikit supaya ada chance masuk tram awal sebelum orang lain. Haaa, ada lah kosong tu.
Kalau 'parking' dekat sangat nanti tram dah penuh dulu dah. Lambai jer ler.
2 tahun lalu, boleh sewa Buggy dengan kadar RM99/1 Jam. Tahun ni tak pasti boleh ker tak. Lebih mudah jika mempunyai bajet lebih.
Untuk lebih faham berkenaan pengangkutan awam di MAHA2024, boleh tonton video tiktok di bawah :
https://www.tiktok.com/embed/v2/7413357310770220306?lang=en-US&referrer=https%3A%2F%2Fmyhalalxplorer.com%2Fblog%2F2024%2Fpeta-aktiviti-menarik-tips-ini-segalanya-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-pergi-ke-maha-2024%2F&embedFrom=oembed
Peta Lokasi MAHA 2024
MAHA merupakan satu ekspo pertanian terbesar merangkumi pameran teknologi terbaharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baharu sektor pertanian Malaysia.
Sempena sambutan ke-100 tahun, #MAHA2024 menawarkan 6 zon tematik yang direka untuk memukau dan mendidik pengunjung serta bermacam-macam daya tarikan yang disediakan seperti petting zoo, taman matahari, floating market, miracle garden, lembu sado, persembahan artis tanahair dan banyak lagi!
Memandangkan lokasi pameran MAHA adalah sangat besar dan luas, anda boleh menggunakan peta lokasi yang disediakan sebagai panduan.
- ZON 1 : SELAMAT DATANG & KAWASAN PERDANA
- ZON 2 : GAYA HIDUP AGRO
- ZON 3 : PAVILION NEGERI
- ZON 4 : KEAJAIBAN DIWAKTU MALAM & AKTIVITI AIR
- ZON 5 : AGRI-PARK
- ZON 6 : TAMAN SAMBUTAN, VETERINAR & TAMAN KEJURUTERAAN AGRO
Dari pavilion negeri, pasar terapung, hingga aktiviti keluarga — pastikan anda tidak terlepas apa-apa!
Gunakanlah peta ini sebagai panduan untuk merancang kunjungan anda. Selamat meneroka pelbagai pameran yang disediakan!