HalalXPlorer Logo
paynet langkawi shop like a local
28 September 2024

Pelancong Antarabangsa Lebih Mudah Berbelanja di Langkawi Dengan My TouristPay

Kongsikan:

Pelancong antarabangsa yang mengunjungi Pulau Langkawi kini boleh menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui imbasan kod QR DuitNow, sama seperti penduduk tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet), Farhan Ahmad, menjelaskan bahawa aplikasi My TouristPay diperkenalkan kerana kod QR sedia ada hanya boleh digunakan oleh pemilik akaun bank tempatan.

Pelancong Antarabangsa Lebih Mudah Berbelanja di Langkawi Dengan My TouristPay

"Langkah ini memudahkan pelancong asing untuk membeli dari peniaga tempatan, terutama peniaga kecil, tanpa perlu membawa wang tunai," katanya dalam sidang media selepas pelancaran aplikasi tersebut di Pelangi Beach Resorts, Jalan Pantai Chenang.

Beliau turut menambah, aplikasi yang dikendalikan oleh PayNet ini menjamin transaksi yang selamat untuk pelancong, dan membolehkan peniaga menerima bayaran dengan segera daripada pelanggan.

"My TouristPay akan mengubah cara pelancong asing berurus niaga di Malaysia, terutama di kawasan luar bandar yang masih banyak menggunakan wang tunai dan pembayaran melalui kod QR," katanya lagi.

Pelancong Antarabangsa Lebih Mudah Berbelanja di Langkawi Dengan My TouristPay

“Program ini merupakan fasa kedua dalam Program PayNet Cambah, yang turut merangkumi elemen alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG).

“Fasa pertama sebelum ini adalah kerjasama dengan Suri Lifestyle, yang bertujuan membantu ibu-ibu dari komuniti B40 dalam meningkatkan keupayaan mereka dalam e-dagang,” katanya.

Pelancong Antarabangsa Lebih Mudah Berbelanja di Langkawi Dengan My TouristPay

Menurut Farhan, fasa kedua PayNet Cambah kini berfokus kepada mengangkat perniagaan serta hasil seni di Langkawi ke tahap antarabangsa melalui pendigitalan perniagaan.

Tambahnya, inisiatif ini juga akan memperkukuh kemampuan pembayaran digital dan e-dagang untuk para peniaga di kawasan tersebut.

Bagi kami, memang mudah sangat urusan apabila ada inisiatif ini. Cuba bayangkan, pelancong Antarabangsa kini dengan mudahnya boleh membeli nasi lemak, cucur peneram, goreng pisang di gerai gerai kecil dan berbelanja di pasar malam di sekitar Langkawi

Pelancong antarabangsa hanya perlu:

1) Download applikasi My TouristPay dari Google Play

2) Tambahkan kredit kad atau debit kad

3) Scan Pink Malaysia QR Code and Pay , that it

Inisiatif ini akan memudahkan urusan jual beli pakcik dan makcik serta semua peniaga tempatan sekaligus akan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA