HalalXPlorer Logo
port sarapan sedap di perlis
04 October 2024

Port Sarapan Best di Perlis: Destinasi Makanan Pagi Terbaik

Kongsikan:

Perlis, negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan suasana kampung yang tenang, juga menawarkan pelbagai lokasi sarapan yang menarik. Jika anda sedang mencari tempat untuk menikmati hidangan pagi yang enak, berikut adalah beberapa port sarapan yang wajib anda cuba:

1. Warung Tepi Sawah

warung tepi sawah perlis wajib singgah
Kredit : fatimahsaari

Sarapan di Warung Tepi Sawah menawarkan pengalaman unik dengan pemandangan sawah padi yang menenangkan. Menu sarapan yang popular di sini termasuk nasi lemak, pulut ikan masin, pulut ayam dan ‘pek nga’ (lempeng berinti kelapa) ikan seekor.

  • Lokasi: Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM5 - RM10

2. Ngulang Kopitiam

image

Ngulang Kopitiam terkenal dengan pelbagai jenis kopi serta hidangan tradisional seperti roti bakar, nasi lemak, dan kuih-muih.

Uniknya, kafe yang mula dibuka pada tahun 2022 ini beroperasi dalam sebuah rumah lama, yang telah dibaikpulih dengan kos keseluruhan melebihi RM100 ribu. Dekorasi pula memang cantik, penuh dengan barang antik dan 'vintage'. Menu pun dihidangkan menggunakan pinggan style orang lama.

Kalau air tangan orang lama, menu-menu klasik dia memang kita kena cuba. Paling kena cuba, Nasi Rendang. Nasi Rendang ni sebenarnya nasi goreng dengan ikan tumbuk. Simple, Tapi rasa dia MasyaAllah. Memang rasa opah buatkan.

Antara menu lain adalah jagung nyoq, pulut hitam makan dengan ikan, laksa goreng, ketupat sotong, nasi lemak, nasi dagang, mee kari, laksa nyonya, lontong, masak , masak asam pedas, kari, daging salai masak lemak cili api, roti bakar dan pelbagai lagi menu yang mendapat permintaan tinggi pelanggan yang datang. 

  • Lokasi: 410, Jalan Jejawi-Tok Kayaman, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM5 - RM12

3. Warung Ali Kopi

warung ali kopi Kechor

Salah satu warung kopi terkenal di Perlis, Warung Ali Kopi Kechor menawarkan menu popular seperti roti bakar kaya, telur separuh masak, dan kopi hitam pekat.

  • Lokasi: No. 65, Kampung Kechor Behor Ampang, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM5 - RM15

4. Arau Kopi

Arau Kopi

Arau Kopi adalah tempat yang ideal untuk penggemar kopi. Kopi yang killer disini adalah menu Kopi Arau itu sendiri iaitu kopi yang dicampurkan mentega. Di samping kopi yang kaw, mereka juga menyajikan pelbagai hidangan sarapan tradisional seperti mee goreng dan nasi lemak.

Namun, untuk ke sini anda perlu berhati-hati dan teliti kerana Arau Kopi terletak di sebuah lorong kecil di kawasan kampung. Kedudukan papan tanda Arau Kopi di hadapan lorong pula agak tersorok, kita perlu perhatikan dengan teliti supaya tak terlepas untuk membelok masuk lorong.

  • Lokasi: 136, Jalan Chin Ali, Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis
  • Anggaran Harga: RM6 - RM12

5. Kopi Kebun

Kopi Kebun

Terletak di kawasan kebun yang tenang, Kopi Kebun menawarkan suasana kampung yang menenangkan. Selain daripada kopi kampung yang pekat, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis kuih tradisional.

  • Lokasi: Lot 20476, Kampung Sentua, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM4 - RM10

6. Warung Teratak Bonda

warung teratak bonda perlis

Warung Teratak Bonda terkenal dengan nasi lemak yang beraroma, serta roti canai yang rangup dan sedap. Tempat ini juga sering dipenuhi pelanggan tetap yang sukakan suasana santai.

  • Lokasi: 30, Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Arau, Perlis
  • Anggaran Harga: RM5 - RM10

7. Warung Balun

Hidangan paling popular di Warung Balun ialah nasi lemak aneka lauk, aneka roti bakar, lontong, pek nga, pulut ayam, mee kari dan juga roti canai. Warung ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana rasa makanan yang enak dan harga yang berpatutan.

warung balun
  • Lokasi: 1f, Jalan Raja Syed Alwi, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM4 - RM8

8. Shidi Roti Canai

shidi roti canai perlis

Penggemar roti canai wajib singgah di sini. Roti canai yang lembut dihidangkan bersama kuah dal dan sambal yang cukup sedap, namun agak manis menjadikan tempat ini kegemaran ramai.

Nasi lemak pandan recommended. Terdapat pelbagai pilihan lauk seperti kari ikan, ayam goreng, sambal udang dan sambal sotong kering.

  • Lokasi: Abi, Perlis, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM3 - RM7

9. Tok Kala Renun Cafe

tok kala renun cafe

Tempat ini menawarkan sarapan dalam suasana kampung yang nyaman, dengan hidangan seperti mee goreng dan nasi lemak. Ia juga dikenali kerana harganya yang berpatutan.

  • Lokasi: 812,Kg Belat Batu, Guar Sanji Arau
  • Anggaran Harga: RM5 - RM10

10. Lyboy Corner

lyboy corner

Lyboy Corner menyediakan pelbagai menu sarapan seperti nasi lemak, roti canai, dan bihun goreng. Lokasinya yang strategik memudahkan pengunjung untuk singgah sebelum meneruskan aktiviti harian.

  • Lokasi: Jalan Sekolah Derma, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM4 - RM8

11. Rumah Makan Cafe

rumah makan cafe

Tempat ini menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari hidangan sarapan pagi dengan pelbagai pilihan seperti nasi kerabu, nasi lemak, dan kuih-muih tradisional.

  • Lokasi: Lot 1170, Jalan Kaki Bukit, Kampung Paya, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM5 - RM12

12. Pak Din Kopitiam

pak din kopitiam

Pak Din Kopitiam menyajikan roti bakar, kopi, dan pelbagai jenis kuih tradisional. Suasana yang selesa menjadikan tempat ini popular untuk bersarapan bersama keluarga.

  • Lokasi: No 4, Gerai MPL Korner, Jalan Panglima, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM4 - RM8

13. Wansue Capati Pauh

warung capati pauh

Jika anda penggemar capati, ini adalah tempat yang wajib anda singgah. Capati yang lembut dan disajikan bersama kari pekat menjadikan Wansue Capati terkenal di kalangan penduduk tempatan.

  • Lokasi: 9 & 11, Persiaran Tengku Budriah, Taman Tengku Budriah, 02600 Arau, Perlis
  • Anggaran Harga: RM5 - RM10

14. Warung Chaq

warung chaq

Warung kecil ini terkenal dengan menu nasi lemak dan roti canai yang lazat. Harga yang murah dan hidangan yang enak menjadikan Warung Chaq popular di kalangan pengunjung tetap.

  • Lokasi: 10- A, Kampung Balik Bukit Mata Ayer, 02500, Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM3 - RM7

15. Dusun Nakawan

dusun nakawan

Sarapan di Dusun Nakawan menawarkan pengalaman makan di dusun dengan suasana tenang. Menu utama termasuk pelbagai jenis kuih tradisional dan hidangan tempatan yang menyelerakan.

  • Lokasi: Dusun Nakawan, Jalan Bukit Ayer, 01000 Kangar, Perlis
  • Anggaran Harga: RM6 - RM12

Kesemua tempat ini menawarkan pengalaman sarapan yang unik dengan harga yang berpatutan, menjadikan mereka destinasi sarapan yang popular di Perlis.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA