HalalXPlorer Logo
taman negeri perlis
08 October 2024

Taman Negeri Perlis, Permata Hijau Wajib Dikunjungi !

Kongsikan:

Taman Negeri Perlis merupakan taman negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia iaitu pada tahun 1997 dan diwartakan pada 3 Julai 2008. Terdiri dari dua (2) Hutan Simpanan Kekal iaitu Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 4,379.81 ha.

Taman Negeri Perlis, Permata Hijau Wajib Dikunjungi ! Wang Pintu Wang Kelian

Taman Negeri Perlis terletak di sebelah barat negeri Perlis dan mengunjur di atas banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia (38 km) yang dikenali sebagai Banjaran Nakawan.

Wang Kelian

Taman Negeri Perlis telah ditambah warta merangkumi tambahan dua (2) Hutan Simpanan Kekal iaitu Hutan Simpan Bukit Bintang dan Hutan Simpan Kurong Batang dengan keluasan terkini Taman Negeri Perlis seluas 7,358.212 ha.

Taman Negeri Perlis

Keunikan Taman Negeri Perlis bukan hanya pada flora dan fauna yang endemik iaitu pokok Bogak (Cycas clivicola) sejenis tumbuhan zaman purba dan Beruk Kentoi (Macaca arctoides) yang endemik boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Perlis.

Wang Kelian

Sebahagian besar bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sepanjang Banjaran Nakawan adalah terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia dan dianggarkan berusia lebih 480 - 500 juta tahun.

View Point Wang Kelian Perlis

Selain itu terdapat juga tempat-tempat lain yang menarik dan boleh dikunjungi oleh pengunjung di Taman Negeri Perlis seperti Gua Wang Burma, Pekan Pelancongan Wang Kelian, Bukit Pelarit, Bukit Rongkit, Denai Warisan, Denai Putera Denmark, Denai Rimba, Tasik Meranti, Menara Pandang, Gunung Perlis dan Viewpoint Wang Kelian.

Awan Karpet Wang Kelian

Di samping itu, terdapat dua buah penempatan yang berhampiran dengan Taman Negeri Perlis iaitu Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit.

Wang Kelian

Objektif utama penubuhan Taman Negeri Perlis adalah untuk:

  1. Melindungi proses biologi dan ekologi, termasuk kawasan tadahan air;
  2. Menggalakkan pemeliharaan dan mengekalkan kepelbagaian biologi taman termasuk habitat habitatnya, flora dan fauna, gua dan bukit batu kapur;
  3. Memelihara kawasan yang mempunyai kepentingan tempatan dan antarabangsa;
  4. Membangunkan dan menggalakkan peningkatan peluang pelancongan berasaskan alam semula jadi; dan
  5. Mempertahankan, mengalakkan budaya dan sifat tradisi masyarakat tempatan di persekitaran taman.
Wang Kelian

Untuk memastikan keselesaan para pengunjung, Taman Negeri Perlis menyediakan kemudahan seperti asrama, dewan seminar, chalet, surau, tandas, wakaf, tapak perkhemahan, menara pandang, dewan terbuka dan kantin.

Wang Kelian

Taman Negeri Perlis menawarkan pelbagai aktiviti, antaranya adalah meneroka Gua Wang Burma, memerhati burung, menjelajah denai, fotografi, intepretasi denai, berjalan malam (night walk), berkhemah, pendidikan alam semula jadi dan pendakian ke Gunung Perlis.

Taman Negeri Perlis, Permata Hijau Wajib Dikunjungi !

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati suasana dan pemandangan yang menarik daripada sungai dan gua batu kapur yang terdapat di sini. Untuk aktiviti pendakian ke Gunung Perlis, pengunjung diwajibkan untuk mendapatkan Khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP) dan memohon permit memasuki hutan simpan.

Taman Negeri Perlis beroperasi sepanjang waktu dan dibuka kepada pengunjung harian pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pengunjung yang ingin ke Taman Negeri Perlis boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.

Kategori, Tag dan Negeri
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA