HalalXPlorer Logo
tasik timah tasoh
09 October 2024

Tasik Timah Tasoh, Perlis: Permata Alam yang Memukau

Kongsikan:

Tasik Timah Tasoh bukan sekadar tasik biasa, tetapi sebuah permata alam yang sangat indah di Perlis. Keindahan tasik ini telah menarik perhatian ramai, sehingga sering dijadikan lokasi penggambaran muzik video dan drama. Pemandangan tasik yang tenang berlatarbelakangkan dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, mangga, dan durian Belanda, menambahkan lagi pesona tempat ini. Sekiranya anda menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat, anda boleh menikmati pengalaman unik memetik buah-buahan segar terus dari pokok!

image

Tasik Timah Tasoh menawarkan pengalaman luar bandar yang sebenar. Bagi peminat aktiviti memancing, tasik ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan air tawar seperti Gelang Pam, Haruan, Ubi, Talapia, dan Keli. Anda boleh menikmati hasil tangkapan segar dengan membakarnya di tepi tasik, sambil bersantai di gazebo yang disediakan. Keindahan semulajadi dan suasana yang menenangkan menjadikan Tasik Timah Tasoh destinasi yang ideal untuk mereka yang mencari kedamaian dan keindahan alam.

image

Sama ada untuk berkelah, berehat, atau menikmati alam semula jadi, Tasik Timah Tasoh pastinya tidak akan mengecewakan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA