Putrajaya, ibu negara pentadbiran Malaysia, bukan sahaja dikenali dengan seni bina moden dan lanskap urban yang teratur, tetapi juga menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk dikunjungi. Dari aktiviti riadah hingga kawasan pelancongan keluarga, berikut adalah beberapa destinasi wajib untuk anda lawati:
1. Putrajaya Steps
Terletak di Presint 1, Putrajaya Steps menampilkan pemandangan menakjubkan dari atas 248 anak tangga yang disediakan. Jika anda seorang yang suka cabaran fizikal, mencuba naik turun tangga ini pasti memberi kepuasan tersendiri. Jangan risau, walaupun anda tidak ingin mendaki, kawasan di bahagian bawah tangga juga menawarkan pemandangan menarik untuk berswafoto. Pemandangan Putrajaya dari sini sangat mengagumkan, terutama pada waktu matahari terbenam.
2. Kelab Tasik Putrajaya
Kelab Tasik Putrajaya adalah hotspot bagi aktiviti keluarga. Dikenali kerana suasana yang tenang dengan tasik yang luas, ramai datang ke sini untuk memberi makan ikan-ikan jinak. Aktiviti air seperti berkayak, memancing, dan berbasikal air juga menjadi tarikan utama. Bagi yang ingin bersantai, restoran di kelab ini menawarkan hidangan yang sedap dengan pemandangan tasik yang menenangkan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai menu di sini sambil menikmati angin tasik.
3. Wetland Studios Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya adalah salah satu tarikan alam semula jadi terbesar di Putrajaya, dan Wetland Studios di dalamnya menawarkan peluang untuk belajar tentang kepelbagaian ekosistem secara interaktif. Anda boleh menjelajah taman ini, yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar. Kolam 3D yang ada di pusat ini pasti menarik perhatian anak-anak, menjadikan tempat ini destinasi yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Pusat ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang, kecuali pada hujung minggu ianya dilewatkan sehingga jam 7 petang.
4. Pantai Floria, Anjung Floria
Pantai Floria di Anjung Floria adalah destinasi ideal untuk keluarga yang gemar berkelah atau bersantai di tepi air. Dengan pantai buatan yang cantik, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti berkayak, memancing, bermain bot kawalan jauh, dan mandi-manda. Suasana yang tenang dan indah membuatkan tempat ini sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan, sambil anak-anak bermain dengan bebas di pantai.
5. Taman Cabaran Putrajaya, Presint 20
Bagi peminat aktiviti lasak dan ekstrem, Taman Cabaran di Presint 20 adalah syurga anda. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti mountain biking, wall climbing, dan skateboard. Taman ini dibina dengan kemudahan yang lengkap dan caj yang dikenakan juga sangat berpatutan. Tidak kira anda pemula atau profesional, anda boleh menikmati aktiviti lasak ini dengan selamat.
Putrajaya bukan sahaja tempat untuk pentadbiran kerajaan, tetapi juga penuh dengan lokasi-lokasi menarik untuk aktiviti riadah dan pelancongan. Sama ada anda ingin bersantai di tasik, mendaki tangga, atau mencuba aktiviti lasak, Putrajaya mempunyai semuanya untuk memenuhi keperluan setiap pelawat. Pastikan anda menambah destinasi ini dalam senarai percutian anda yang seterusnya!