HalalXPlorer Logo
tips berkunjung ke maha 2024
13 September 2024

Tips Lengkap & Paling Berguna Untuk Anda Kunjungi MAHA 2024 !

Kongsikan:

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Lokasi MAHA 2024

MAHA 2024 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Boleh 'search' saja MAEPS di Google Maps, Waze atau apa sahaja aplikasi navigasi anda.

Kalau tak mahu, boleh klik terus pautan ini : https://goo.gl/maps/6xGG4HWwT2C7akB77

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Buku Panduan MAHA 2024

Pertama sekali, kena ada buku panduan dan peta MAHA 2024. Boleh lihat di Brochue (Panduan) di : https://mahaofficial.my/maha-2024-map/

Peta MAHA 2024

Peta keseluruhan kawasan pameran MAHA 2024 ada kami letakkan bersama dengan 'post' ini. Tapi kalau anda mahukan imej resolusi lebih tinggi, senang untuk zoom in, boleh muat turun melalui pautan ini.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Buku pautan, peta dan sebagainya ni muat turun siap-siap dan simpan dalam telefon. Jangan cari di laman web bila sampai di MAEPS. Nanti macam-macam hal, internet lambat, server down dan sebagainya.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.
MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

'Parking' Kenderaan di MAHA 2024 (Panjang Sebab Paling Penting)

Rujuk Peta MAHA 2024 yang disertakan, ada 2 kawasan letak kenderaan. P1 di dalam Zon 1 (Warna Hijau) dan P2 di Zon 6 (Warna Kuning).

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Pertama sekali, Zon 1 (Warna Hijau) adalah dari UPM/ Hospital Serdang. Yang itu, anda akan sampai ke Laman Tiba 1 (LT1) . Satu lagi, Zon 6 tu pintu masuk adalah direct dari Lebuhraya SKVE. Yang ni anda akan sampai di Laman Tiba 2 (LT2).

Di LT1 ada 5,000 lot letak kereta. Lebih luas dari LT2. Kalau anda mahu membeli makanan dan nak 'aircond' terlebih dahulu, boleh meletakkan kereta disini kerana anda akan tiba di ruang pameran dalam dewan dahulu sebaik sampai di LT1. Jualan makanan, produk IKS, banyaknya tertumpu di kawasan sini ya.

Tetapi, kalau anda mahu membeli pokok-pokok ataupun mahu berjalan-jalan ke Laman Perikanan, Laman Ternakan, Laman Nenas, Laman Padi dan macam-macam pameran 'outdoor', anda boleh parkir di LT2. Disini ada 3,500 lot letak kereta.

image

Masuk melalui LT2 tak ada makanan ker? Ada juga satu 'Food Festival', tetapi lebih banyak pameran 'outdoor' seperti yang disebutkan tadi.

Tetapi, kedua-dua kawasan letak kenderaan ini ada Pros N Cons yaa. LT1 lebih luas dan cepat sebab laluan masuk ada 3 lorong manakala LT2 hanya ada 1 lorong. Jadi 'bottleneck' sikit.

Lagi satu parking di LT1 lebih luas dari LT2. Jadi, lebih banyak peluang untuk parking. Tapi kemungkinan anda perlu parking jauh lah sebab tapaknya luas sangat. Tapi jangan risau sebab akan ada 'tram' yang bawa anda ke tapak pameran. Nanti kami cerita lagi berkenaan tram ini ya.

Nak masuk parking, kad Touch N Go , serta serta kad kredit/debit saja diterima dengan kadar bayaran RM5. Jadi, pastikan baki kad anda cukup dan dikeluarkan siap-siap supaya memudahkan orang belakang.

Kalau anda parking di bahu jalan atau mana-mana tempat lain tu belakang kira la ya.

Dah lepas 'parking' tu, jangan lupa ambil gambar kenderaan anda dan kawasan sekeliling supaya tak sesat dan boleh ke kenderaan dengan selamat. Tak adalah masuk pintu lain, balik pintu lain. Last-last tak jumpa kereta.

Pengangkutan Awam

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.
MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Kalau malas fikir sesak dan parking, boleh naik perkhidmatan E-Hailing dari Stesen KTM Komuter Serdang ataupun Putrajaya Sentral. Boleh pilih Grab atau MyCar.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.
MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Kalau nak naik bas percuma dari IOI City Mall Putrajaya, KTM Serdang, MRT UPM, Parkir Utama UPM, & Padang Kawad UPM pun ada. Bas percuma / shuttle ini disediakan dengan kekerapan setiap bas 30 minit.

Tram & Shuttle Bus di MAHA 2024

Tram & Bas Rapid ini ada banyak. Ada 5 laluan. Rujuk peta yang kami sertakan. Kiranya, shuttle bus ni 'cover' keseluruhan kawasan MAEPS cuma mengikut laluan dan anda kena 'transit' atau tukar bas jika destinasi anda tak sama dengan laluan.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Jadi, nanti anda kena tengok betul-betul laluan bas ini dan destinasinya. Ada laluan A,B,C,D & E. Memang kena ada peta di dalam telefon untuk rujuk destinasi anda nak pergi menggunakan tram laluan yang mana.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Nak naik bas ini, jangan berebut sebab boleh tahan banyak. Boleh kata dalam 5 minit sekali. Tapi, kalau anda dari tempat letak kenderaan, 'parking' lah jauh sikit supaya ada chance masuk tram awal sebelum orang lain. Haaa, ada lah kosong tu.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Kalau 'parking' dekat sangat nanti tram dah penuh dulu dah. Lambai jer ler.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

2 tahun lalu, boleh sewa Buggy dengan kadar RM99/1 Jam. Tahun ni tak pasti boleh ker tak. Lebih mudah jika mempunyai bajet lebih.

MAHA 2024 dah bermula sejak 11 September haritu sampai 22 September nanti, ramai yang nak pergi hujung minggu ini kan. Ini kami dah susunkan semua tips-tips penting ke MAHA 2024.

Selesaikan Hajat Dulu

Tapak luas, dan orang ramai. 2 faktor ini saja memang cukup untuk membuatkan 'urusan peribadi' anda terganggu. Kawasan yang luas menyebabkan anda sukar mencari tandas. Kena berjalan ya mencari tandas, kalau jumpa pun sangat terhad dan kena menunggu giliran.

Bila dah sampai tandas, kemungkinan air sangat perlahan disebabkan ramai yang menggunakannya.

Tandas jenis 'portable' pun kadang kala berbau sebab air tak cukup untuk membasuh.

Jadi, anda selesaikan dahulu apa yang patut di luar ya. Sama ada di rumah, di stesen minyak atau di mana-mana saja.

Pesan juga kepada anak-anak untuk buang apa yang patut dahulu. Anak-anak lebih sukar. Anda mungkin boleh menahan, tetapi mereka tidak boleh. Jadi, sediakan lah apa yang patut. Botol air ker, tisu basah ker. Kalau boleh pakaikan lampin lagi bagus.

Pakaian & Kasut Bersesuaian

Kalau berjalan-jalan memang selalunya kita melaram. Tetapi untuk ke MAHA ini fikirkan keselesaan berbanding kecantikan ya. Jangan pakai baju tebal, warna gelap dan sebagainya. Pakai baju dan seluar yang tidak serap banyak haba. Elakkan pakai kain sebab menyukarkan anda berjalan.

Selain itu, pakai kasut yang anda paling selesa. Elakkan kasut tumit tinggi dan lain-lain. Rasanya, mungkin lebih 30,000 langkah juga anda akan lalui di MAEPS.

Bawa Payung

Kalau panas, boleh lindung. Kalau hujan pun boleh lindung. Simple mimple . Nak pakai topi pun tak apa kalau elak panas, tapi kalau hujan tak dapat tolonglah yer. Bawa portable fan yang mahal sikit tu baru rasa, yang pasar malam punya tak best. Tak kisahlah Jisulife ker goojoodoq ker.

Selain itu, tolong bawa botol air dan airnya sekali untuk elak dehidrasi. Air isotonik atau apa-apa. Tapi yang terbaik dan murah air mineral jer.

Panasnya Malaysia ni bukan main-main ya.

Jangan Merancang ke Tempat Lain

Pastikan anda tidak memiliki rancangan lain selepas mengunjungi pameran ini supaya anda lebih relaks dan tidak perlu tergesa-gesa sewaktu ke MAHA 2022 ini. Anda boleh berjalan-jalan, makan-makan, solat dan berehat dalam keadaan yang tenang.

Sekurang-kurangnya separuh hari juga akan dihabiskan disini. Kalau kalut-kalut pun tak seronok juga.

Bawa Troli, Beg Besar Atau Bakul

Jika anda seorang pencinta produk agro ataupun memiliki kebarangkalian untuk berbelanja sakan, anda dinasihatkan untuk membawa troli, beg besar ataupun bakul pasar. Barang-barang yang dibeli boleh dimasukkan dalam satu tempat sahaja dan memudahkan pergerakan anda.

Kena ingat, diskaun yang ditawarkan pada waktu pameran ini bukan calang-calang tetapi tiada siapa yang sanggup melihat anda mengangkat pasu yang beratnya lebih 2 kg ke hulu ke hilir.

Ada juga servis menghantar barang ke kenderaan anda yang disediakan oleh FAMA Negeri Sembilan. Kadar harga bermula RM7.

Ambil Peluang Rasai 'Tester' Percuma

Jangan merasa segan untuk merasa ‘tester’ makanan yang ditawarkan sewaktu pameran ini berlangsung. Makan sikit-sikit dari berlainan 'vendor' pun lama-lama boleh kenyang tau. Tapi, beli lah juga. Support usahawan kita.

Bawa Stroller Atau Carrier Jika Ada Anak Kecil

Jika anda membawa anak kecil, anda digalakkan untuk membawa stroller ataupun carrier. Hal ini akan memudahkan pegerakan ibu bapa kerana tidak perlu mendukung dalam jangka masa panjang.

Kalau anak dah boleh berjalan sekalipun, disebabkan kawasan ini yang sangat luas dan padat dengan pengunjung, pasti sukar untuk kita mengawal pergerakan anak-anak dan menyebabkan mereka hilang.

Jadi, lebih selamat jika ada stroller. Cumanya stoller lipat lah paling bagus sebab nanti nak naik tram, naik tangga jenuh juga. Carrier lagi terbaik.

Kalau jenis anak tidak mahu duduk dalam stroller atau anak di usia sekolah rendah, pastikan anak-anak anda berada dalam kawalan anda. Jegilkan mata anda jika perlu.

Bawa Kelengkapan Solat

Terutamanya Muslimah. anda perlu membawa kelengkapan solat seperti telekung sendiri kerana jumlah telekung yang disediakan sangat terhad. Bawa telekung sendiri juga lebih mudah, tak perlu nak menunggu giliran dan agak selamat dari virus.

Surau yang tidak terlalu ramai adalah surau di dalam dewan D dan surau di Pavilion Negeri.

Datang Awal Elak Kesesakan

Anda digalakkan untuk datang seawal pameran bermula iaitu jam 10.00 pagi. Anda boleh memilih tempat parkir yang disukai dan dapat menikmati kunjungan anda sewaktu tempat pameran kurang sesak. Tambahan lagi, waktu pagi tak adalah panas terik sangat kan. Boleh berjalan dengan lebih selesa.

Datang awal, pergi outdoor dulu. Bila dah kena panas tengahari, baru masuk dewan indoor.

Hand Sanitizer & Anti Bacterial Wipes

Dekat MAHA ni banyak pameran haiwan dan pokok yang buat kita nak pegang. Banyak juga makanan & tester. Dua-dua ni kita nak pegang tapi tempat basuh tangan tak banyak. Jadi, bawa hand sanitizer dan anti bacterial wet tissue. BOlehlah kejap nak makan, kejap nak pegang haiwan.

Kemudahan Untuk Golongan Memerlukan

Bayi Kecil, Warga Emas & OKU, mungkin kurang sesuai dibawa ke MAHA 2024 disebabkan cuaca panas bagi pameran 'outdoor', terpaksa berjalan dan mendaki tangga yang banyak.

Tapi, kalau nak bawa juga boleh pinjam kerusi roda secara percuma. Cuma, kena ada tenaga yang cukup untuk tolak.

ATM

Kalau duit yang dibawa tak cukup, ATM disediakan.

Dapatkan Pertolongan Dari Abang & Kakak Baju Kelabu

Di seluruh tapak, anda akan lihat staf dan volunteer dari MAHA 2024 berbaju kelabu. Mereka ini sedia untuk ditanya apa-apa berkaitan MAHA. Jadi kalau anda sesat, nak tanya arah, perlukan bantuan dan sebagainya jangan lupa cari AKAK ABANG BAJU KELABU.

Jika Tiada Masa, Kunjungi Pavilion Negeri

Sebolehnya pergilah lawat keseluruhan kawasan MAHA2024, tetapi jika anda tak larat dan ada kekangan masa, dan diberi pilihan hanya untuk melawat 1 kawasan, kami sarankan anda untuk melawat kawasan PAVILION NEGERI.

Datang sini saja, dah lengkap macam pusing Malaysia. Pavilion unik dengan ciri senibina khas setiap negeri. Disini dipamerkan kebudayaan, keunikan dan daya tarikan setiap negeri dalam sektor agro, pelancongan, usahawan IKS dan banyak lagi.

Susun Minat Anda

Minat orang lain-lain. Ada yang minat bunga, ada yang minat mesin. Jadi, tengok peta tu dan fikir dulu siap-siap anda minat apa. Nanti senang pergi ke Laman tertentu saja.

Be Sporting

Dekat sini nanti mungkin anda akan diajak untuk menari dan menyanyi bersama, kena interview, jawab kuiz, dan macam-macam lagi. Sporting dan enjoy ! Mesti dapat ole-ole nanti !

Kategori, Tag dan Negeri
4.8 4 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA