Syurga makanan dan one-stop-centre untuk pelbagai barangan tempatan. MAHA 2024 ibarat taman tema !
MAHA, bila jer yang tak meriah? Dah nama pun ekspo pertanian terbesar di Asia Tenggara. Tapi ramai salah faham, ingatkan betul-betul ekspo pertanian dan membosankan.
Sebenarnya MAHA lebih lagi dari tu ! Ada haiwan, pameran & jualan IKS, perikanan, animasi, flora, permainan, pakej pelancongan, ratusan aktiviti, demonstrasi masakan, eh banyak lagi lah !
Jangan terlepas melawat Pavilion negeri-negeri. Pakej macam pusing satu Malaysia, boleh beli barangan ikonik setiap negeri di sana. Pavillionnya pun cantik-cantik belaka, boleh bergambar sakan!
Nak ke MAHA 2024 ni, kena ada persiapan mental dan fizikal. Mudah rambang mata dan tempatnya besar yang amat.
Tips ke MAHA 2024
Selain tu, tips yang mungkin berguna:
1. Pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh
2. Parking RM5 (TouchNGo & Debit/Kredit)
3. Wheelchair dan stroller friendly cuma ada tempat sesak sikit la
4. E-wallet diterima, jadi tak perlu bawa cash berkepuk
5. Kalau tak larat jalan, tram/shuttle ada disediakan
6. Tak berlapar punya, sample makanan banyak(makan free!)
7. Banyak spot bergambar menarik, sediakan beg touch-up anda
8. Kalau sesat, refer 2 gambar terakhir
Lokasi & Acara
MAHA 2024, MAEPS Serdang
11 - 22 September 2024
10.00 pagi - 10.00 malam