Setiap kali bercuti, kita pasti menginginkan pengalaman yang selesa dan memuaskan. Villa Renai di Janda Baik menawarkan semua itu dan lebih lagi. Seorang pengguna Facebook, Fatin Shamimie baru-baru ini berkongsikan pengalamannya bercuti di Villa Renai Janda Baik. Ikuti review ringkas di bawah :
Pendaftaran
Proses check-in di Villa Renai sangat mudah. Kami tiba sekitar jam 3 petang dan proses pendaftaran berjalan lancar. Deposit sebanyak RM50 diperlukan, yang sangat berpatutan.
Bilik
Kami menginap di Villa no 6, yang dilengkapi dengan dua bilik tidur dan satu bilik mandi. Kebersihan di sini memang tip-top! Katil dan bantalnya empuk, memastikan kami lena tidur malam yang berkualiti. Bilik mandi juga bersih, dan airnya laju – kami berpuas hati dengan pengalaman mandi di sini. Kebersihan bilik mandi adalah perkara penting; jika tidak bersih, boleh spoil mood bercuti!
Ruang luar villa sangat luas, dengan living hall dan sofa yang selesa. Anak-anak kami suka tidur di atas sofa sambil menonton Astro. Terdapat juga meja makan dan sinki yang lengkap untuk keperluan kami.
Persekitaran / Kemudahan
Persekitaran di Villa Renai sangat menyegarkan. Terdapat dua kolam renang – satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Selepas bermain di kolam, kami menggigil kesejukan di tiup angin nyaman Janda Baik.
Satu lagi yang menarik ialah sungai di hadapan kafe. Kami boleh berendam sambil menikmati keindahan alam. Yang paling istimewa, ada gerai di depan sungai yang menjual durian yang sangat sedap dan kelapa pandan. Staff di sini sangat membantu, mereka akan membasuh durian sebelum menyajikannya di meja taman tepat di depan sungai. Makan durian sambil menikmati bunyi deruan air sungai adalah satu pengalaman yang tidak ternilai.
Villa ini juga terjaga keselamatan dan kebersihannya, dengan pagar yang sentiasa ditutup. Suasana awal pagi dan waktu malam sangat cantik dan tenang.
Parking
Parking di Villa Renai sangat mudah. Kami boleh parkir kereta dalam kawasan villa tanpa sebarang masalah.
Makanan
Ketika check-in, staff memberikan borang untuk memilih menu sarapan – sama ada nasi lemak atau English breakfast. Sarapan yang disediakan agak memuaskan. Kami mencuba nasi goreng Renai yang sangat sedap! Harga untuk makanan di sini juga berpatutan. Jika anda teringin untuk BBQ pada waktu malam, villa ini juga menyediakan perkhidmatan tersebut (RM60 bagi dewasa, dan RM27 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun).
Kesimpulan
Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan penginapan di Villa Renai. Tempat ini memang patut dikunjungi bagi mereka yang mencari ketenangan dan keselesaan. In sha Allah, kami akan datang lagi!
Villa Renai, Janda Baik
Hubungi: 016-2215784
Harga: RM500 (termasuk sarapan untuk 4 orang)