Terletak di Tali Air 4, Sekinchan, Zhana Padiview menawarkan pengalaman penginapan unik di tengah sawah padi dengan suasana yang mendamaikan.
Homestay ini mempunyai satu bilik di tingkat bawah yang dilengkapi dengan sebuah katil queen dan katil double decker, lengkap dengan bilik mandi peribadi, sesuai untuk empat orang.
Di bahagian loteng, terdapat dua katil single dan satu katil queen dalam konsep terbuka yang juga memuatkan empat orang, menjadikan keseluruhan kapasiti maksimum sehingga lapan orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
Kalau nak mandi kolam renang pula, sangat memuaskan kerana ini benar-benar kolam renang peribadi, dengan tembok tinggi memastikan privasi yang terjaga !
BACA JUGA : ANDA KE GOPENG ? JOM CUBA MENGINAP DI SEBAYU RETREAT PULA !
Zhana Padiview turut menyediakan kemudahan kawasan BBQ untuk para tetamu menikmati sesi barbeku bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bagi peminat aktiviti luar, kawasan parit dan sungai berhampiran memberikan peluang untuk memancing dengan tenang sambil menikmati pemandangan sawah padi yang mempesona.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi kami di pautan ini: http://wa.me/60108614857.