HalalXPlorer Logo
tempat menarik kuala lumpur selangor
12 March 2025

12 Destinasi Mesra Keluarga di KL & Selangor – Jalan-Jalan, Enjoy Tak Ingat Dunia!

Kongsikan:

Kalau ada anak-anak, hujung minggu mesti nak cari tempat best untuk lepak sama-sama. Tapi kalau blur tak tahu nak pergi mana, jangan risau! Ini senarai 12 tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor yang confirm buat korang puas hati. Ingat, kalau nak jimat duit dan masa, beli tiket online awal-awal.

1. Jump Street Asia – Melompat Sampai Penat

Tempat ni memang syurga bagi budak-budak (dan parents yang nak rasa muda balik). Trampolin ada merata-rata, boleh lompat, buat flip, dan main dodgeball atas trampolin. Best gila, tapi jangan lupa pakai pakaian yang sesuai sebab confirm berpeluh!

jumpstreet asia petaling jaya

2. Zoo Negara – Haiwan Pun Ada Show

zoo negara ticket

Tak sah bawa anak jalan-jalan kalau tak masuk Zoo Negara. Selain tengok panda yang chill 24/7, korang juga boleh enjoy pertunjukan anjing laut yang comel gila. Datang awal pagi sebab lepas pukul 11 dah panas nak jalan-jalan dalam tu.

Tiket online senang! Klik sini

3. Aquaria KLCC – Dunia Bawah Laut yang Wow

aquaria klcc

Kalau anak-anak suka ikan dan hidupan laut, Aquaria KLCC memang tempat wajib. Dari jerung sampai ikan pari, semuanya ada! Cuma kalau boleh, jangan bawa stroller sebab ruang dia agak sempit.

Belanja tiket online kat sini

4. Sunway Lagoon – Taman Tema Padu!

sunway lagoon

Bawak anak ke Sunway Lagoon confirm tak menyesal. Ada taman tema air, roller coaster, rumah hantu, dan macam-macam lagi. Pro tip: makan kenyang-kenyang dulu sebab lepas tu memang puas enjoy sampai tak ingat lapar!

Dapatkan tiket dengan harga best

5. Wet World Shah Alam – Theme Park Mesra Poket

wet world shah alam

Tak semua theme park bagi bawa makanan dari luar, tapi Wet World Shah Alam okay je! So kalau nak berjimat, boleh prepare bekal siap-siap. Tempat ni tak besar mana, tapi cukup seronok untuk family day.

Jom book tiket awal

6. G2G Animal Garden – Syurga Pencinta Haiwan

g2g animal garden

Kalau anak-anak suka binatang, memang wajib datang sini. Bukan setakat tengok je, boleh pegang dan belai arnab, kambing, dan banyak lagi haiwan jinak. Tempat ni dalam MAEPS Serdang, jadi lepas main dengan haiwan, boleh terus makan-makan dekat area Serdang.

Tiket online senang beli di sini

7. 99 Wonderland Park – Siang Cantik, Malam Lagi Cun

99 wonderland park

99 Wonderland Park ada dua shift – siang dan malam. Kalau datang petang, boleh enjoy pemandangan dan tengok haiwan. Tapi kalau datang malam, lagi best sebab ada lampu-lampu cantik!

Beli tiket siap-siap kat sini

8. KidZania – Dunia Mini untuk Kanak-Kanak

kidzania kl

Anak-anak mesti suka sebab boleh cuba macam-macam pekerjaan – jadi doktor, polis, bomba, chef dan banyak lagi. Plus, kalau dah ke sini, alang-alang boleh singgah IKEA untuk makan meatball lepas tu!

Tiket ada kat sini

9. Farm In The City – Mini Zoo yang Best

farm in the city

Kat sini anak-anak boleh bagi makan haiwan dan pegang binatang eksotik macam iguana. Memang feel macam masuk kampung tapi dalam bandar!

Dapatkan tiket kat sini

10. Bangi Wonderland – Theme Park Bajet Best

bangi wonderland

Kalau nak theme park yang harga tiket lebih murah dari Sunway Lagoon, Bangi Wonderland pilihan terbaik. Ada pelbagai jenis gelongsor air yang buat jantung korang berdegup kencang!

Jimat dengan tiket online

11. Big Bucket Splash Kid’s, Gamuda Gardens – Air Everywhere!

Ini port baru, jadi kalau nak elak crowd, datang hari biasa. Ada banyak mainan air, confirm budak-budak suka!

big bucket splash

12. District 21 – Ujian Keberanian

Kalau anak-anak suka cabaran dan aktiviti lasak, District 21 memang tempat paling best. Tapi kalau penakut atau tak suka ketinggian, mungkin korang nak skip tempat ni.

district 21

Jadi, dah ada plan nak pergi mana hujung minggu ni? Jangan tunggu last minute, book tiket awal untuk jimat masa dan duit. Enjoy jalan-jalan bersama keluarga!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA