HalalXPlorer Logo
travel to f1 destinations
12 March 2025

F1 Pun Boleh Jadi Sebab Untuk Melancong Serata Dunia !

Kongsikan:

Dari Shanghai ke São Paulo: Tips Untuk Rancang Trip F1 Yang Sempurna

Cuba bayangkan, Satu saat kita tengah pecut 180 mph kat trek lurus, next thing you know, badan kena hempas ke tepi sebab G-force masa masuk selekoh tajam. Pecut, brek, repeat. Itulah vibes bila layan Hot Laps kat trek Las Vegas Grand Prix. Bila keluar dari kereta, lutut rasa lembik tapi senyum tak boleh hilang.

las vegas f1 grand prix

Bagi peminat F1, dapat naik supercar dengan driver pro (bayangkan Mick Schumacher yang handle stereng) memang next-level experience. Nasib baik ada Pirelli Hot Laps, program khas yang bagi fans rasa thrill sebenar F1 walaupun tak drive sendiri.

Pengalaman F1 Lebih Dari Sekadar Race

F1 bukan sekadar tengok kereta zoom lalu. Dengan ulang tahun ke-75 tahun ni, sukan ni makin evolve jadi satu pengalaman travel yang all-out. Dari simulator setups dalam bandar, makan malam bertema di restoran top, sampailah ke pit-lane walks dan lawatan ke garaj team (kalau ada bajet tebal, of course), race weekend F1 adalah satu pakej penuh entertainment.

hungarian gp pit walk

Peggy Roe, eksekutif Marriott International, cakap, "Kalau tengok dari grandstand, race tu habis dalam sekelip mata. Tapi bila kau involve dengan aktiviti lain, sepanjang weekend tu rasa lagi puas."

f1 paddock

Tak hairanlah Marriott Bonvoy, loyalty program bawah Ritz-Carlton (official partner pasukan Mercedes-AMG Petronas F1), tawarkan lebih 300 pakej pengalaman F1 untuk peminat. Benda ni termasuk tiket eksklusif ke penthouse di Monaco masa sesi kelayakan, stay lima malam di W Amsterdam, dan sesi sembang santai dengan Lewis Hamilton! Bayangkan ada 14,175 bid untuk pakej ni. Padu kan?

F1: Sukan Dengan Pengaruh Global

Sejak beberapa tahun ni, minat terhadap F1 makin meningkat gila-gila. Tahun lepas saja, lebih 6.5 juta peminat datang ke 24 Grand Prix seluruh dunia. Syarikat pelancongan khas untuk motorsport macam Grand Prix Grand Tours catat peningkatan tempahan 50% dalam masa tiga tahun.

Yang paling menarik? Dulu 65% peminat F1 adalah lelaki, tapi sekarang nisbah lelaki dan perempuan dah hampir sama. Malah, kategori yang paling cepat berkembang ialah peminat perempuan berumur 16-24 tahun.

Sebab utama? Netflix "Drive to Survive."

netflix drive to survive

Sejak musim pertamanya pada 2019, dokumentari ni bawa peminat baru dengan cara yang F1 tak pernah buat sebelum ni. "F1 dah jadi mainstream culture. Ada dalam movie, novel, muzik... even Bad Bunny pun ada lagu bertajuk 'Monaco'," kata Tiggy Valen, host podcast F1 Paddock Project.

Destinasi Grand Prix: Lebih Dari Sekadar Trek

Tanya mana-mana peminat F1, Monaco Grand Prix confirm top bucket list. Trek jalan raya yang ikonik, pemandangan laut, dan superyacht mewah beratur tepi pelabuhan, memang tak boleh lawan dari segi glamour. Tapi tahun ni, luxury travel brands bawa benda ni ke next level.

yacht

Sebagai contoh, Regent Seven Seas Cruises bekerjasama dengan Aston Martin Aramco Formula 1 untuk buat trip 10 hari yang termasuk akses ke race, pemanduan supercar, lawatan ke koleksi kereta Prince Rainier III, dan simulator F1 atas kapal mewah Seven Seas Splendor. Dengan host eksklusif Pedro de la Rosa (veteran lebih 100 Grand Prix), pengalaman ni memang rare.

monaco f1

Tapi F1 bukan sekadar Monaco. Qatar, Singapore, Austin, semua ni jadi hotspot untuk fans. Ramai yang pilih untuk extend trip, stay kat hotel lima bintang, dan enjoy lebih dari sekadar hari perlumbaan. Menurut Simon Mawdsley dari Grand Prix Grand Tours, "Empat malam di Qatar Grand Prix dengan cuaca panas dan hotel mewah boleh dapat harga sama macam tiga malam di Belgian Grand Prix."

lusail qatar

2025: Musim Paling Gempak?

Kalau korang ada plan nak travel untuk F1 tahun ni, bersedia untuk season yang penuh drama. Dari Melbourne ke Abu Dhabi, ada 24 race across 21 negara.

abu dhabi yas marina

Antara highlight:

Musim ini juga akan menampilkan enam perlumbaan pecut, yang diadakan di Shanghai, Miami, Spa-Francorchamps (Belgium), Austin, São Paulo, dan Lusail (Qatar), dengan Belgium kembali ke jadual pecut buat pertama kali sejak 2023.

  • 14–16 Mac: Grand Prix Australia, Melbourne
  • 21–23 Mac: Grand Prix China, Shanghai
  • 4–6 April: Grand Prix Jepun, Suzuka
  • 11–13 April: Grand Prix Bahrain, Sakhir
  • 18–20 April: Grand Prix Arab Saudi, Jeddah
  • 2–4 Mei: Grand Prix Miami
  • 16–18 Mei: Grand Prix Emilia-Romagna, Imola
  • 23–25 Mei: Grand Prix Monaco
  • 30 Mei–1 Jun: Grand Prix Sepanyol, Barcelona
  • 13–15 Jun: Grand Prix Kanada, Montreal
  • 27–29 Jun: Grand Prix Austria, Spielberg
  • 4–6 Julai: Grand Prix Britain, Silverstone
  • 25–27 Julai: Grand Prix Belgium, Spa-Francorchamps
  • 1–3 Ogos: Grand Prix Hungary, Budapest
  • 29–31 Ogos: Grand Prix Belanda, Zandvoort
  • 5–7 September: Grand Prix Itali, Monza
  • 19–21 September: Grand Prix Azerbaijan, Baku
  • 3–5 Oktober: Grand Prix Singapura
  • 17–19 Oktober: Grand Prix Amerika Syarikat, Austin
  • 24–26 Oktober: Grand Prix Mexico, Mexico City
  • 7–9 November: Grand Prix Brazil, São Paulo
  • 20–22 November: Grand Prix Las Vegas, Las Vegas
  • 28–30 November: Grand Prix Qatar, Lusail
  • 5–7 Disember: Grand Prix Abu Dhabi, Yas Marina

Untuk jadual lengkap, layari laman web rasmi Formula 1.

Antara highlight lain :

hamilton to ferrari
  • Hamilton debut dengan Scuderia Ferrari (gila gempak!)
  • Cadillac masuk sebagai pasukan F1 baharu dari Amerika
  • Perubahan teknikal besar untuk lebih sustainability
  • Potensi perubahan lokasi untuk Spanish GP (Barcelona ke Madrid?)
singapore f1 gp

Satu benda yang pasti, F1 bukan lagi sekadar sport. Ia dah jadi satu sebab untuk orang travel. Seperti kata Peggy Roe, "Macam Taylor Swift's Eras Tour, sekarang fans tak tunggu sukan atau artis datang kepada mereka. Mereka yang pergi ke mana acara itu berlangsung."

Jadi, Grand Prix mana yang korang nak pergi tahun ni?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA