HalalXPlorer Logo
kerajaan pertimbang kenakan semula sekatan perjalanan kepada peminjam ptptn
16 March 2025

PTPTN Tertunggak ? Kerajaan Mungkin Kenakan Sekatan Travel Lagi

Kongsikan:

Kerajaan tengah timbang semula idea untuk sekat peminjam PTPTN yang gagal bayar balik dari travel ke luar negara. Kalau dulu pernah ada sekatan macam ni, lepas tu dimansuhkan, sekarang nampaknya kerajaan fikir nak buat balik.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, kata langkah ni antara cara yang tengah dikaji untuk pastikan lebih ramai peminjam bayar balik pinjaman mereka.

image

"Memang betul, sebelum ni sekatan perjalanan bagi kesan positif pada pembayaran balik. Tapi lepas dimansuhkan, kita nampak ada cabaran baru. Sekarang, kita tengah pertimbang sama ada nak guna balik pendekatan ni atau cuba kaedah lain," katanya di Dewan Negara.

Kerajaan masih belum buat keputusan final, tapi dah ada pelbagai cadangan lain yang mungkin lebih berkesan.

Pinjaman PTPTN Akan Dihapuskan?

Bila ditanya pasal kemungkinan kerajaan hapuskan terus hutang PTPTN, Mustapha tegas kata langkah tu tak adil untuk lebih 1 juta peminjam yang dah langsaikan hutang mereka.

"Soalan ni memang selalu keluar, sebab ada manifesto parti politik janji nak hapuskan hutang. Tapi realitinya, dana PTPTN ni besar, dan kita kena adil untuk semua peminjam," katanya.

Tapi, ada berita baik untuk golongan B40 – kerajaan sedia bantu mereka dengan penstrukturan semula pembayaran. So, kalau rasa terbeban dengan bayaran balik, boleh bincang dengan PTPTN.

Statistik Terkini Bayaran Balik PTPTN

Sehingga 31 Disember 2024, seramai 4.1 juta peminjam diluluskan pinjaman PTPTN. Daripada jumlah ni:

  • 1.04 juta dah selesai bayar
  • 585,638 peminjam bayar konsisten tanpa tunggakan
  • 817,872 bayar tak konsisten dan ada tunggakan
  • 383,637 langsung tak pernah bayar balik

Secara keseluruhannya, 86.45% peminjam sekurang-kurangnya dah mula bayar, walaupun ada tunggakan. Cuma 13.55% yang masih belum bayar langsung.

Jadi, adakah sekatan perjalanan ni langkah terbaik? Atau kerajaan patut cari cara lain yang lebih fleksibel? Sama-sama kita tunggu keputusan rasmi nanti.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA