Ramai peminjam PTPTN masih struggle nak bayar balik hutang pendidikan. Ada yang tersepit dengan komitmen kewangan lain, ada juga yang buat tak kisah je. Walaupun PTPTN dah bagi macam-macam pilihan bayaran ansuran, kadar pembayaran balik masih tak cukup memuaskan.
Terbaru, PTPTN cuba approach lain dengan buat iklan ‘menyentap’ kat KLIA2. Iklan tu berbunyi:
“Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.”
Ayat yang nampak biasa je ni sebenarnya penuh sindiran, especially untuk mereka yang enjoy travel tapi belum langsaikan hutang.
Seorang pengguna TikTok, Azrie Idzmeer, sempat record video iklan tu dan kata dia dah bayar hutangnya. Tapi dia juga ‘tegur’ yang mereka yang belum bayar mungkin akan rasa ‘terpukul’ dengan mesej iklan tu.
Reaksi Netizen: Pro & Kontra
Ruangan komen penuh dengan pendapat bercampur-baur. Ada yang setuju dengan cara PTPTN ni sebab bagi mereka, hutang tetap hutang dan wajib bayar. Lagi cepat selesai, lagi baik untuk generasi akan datang.
Tapi ada juga yang rasa sistem pembayaran balik patut lebih fleksibel. Malah, ada yang berpendapat pinjaman pendidikan patut dimansuhkan untuk golongan tertentu.
Yang paling kelakar, akaun rasmi PTPTN pun masuk komen, walaupun dengan tulisan ringkas 'Assalamualaikum..' sahaja.
Sekatan Perjalanan Untuk Peminjam PTPTN?
Dalam perkembangan lain, kerajaan tengah pertimbang untuk kenakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang gagal bayar balik. Isu ni masih dalam perbincangan.
Apa pendapat korang? Adakah iklan PTPTN ni cara terbaik untuk bagi kesedaran ?