Kalau korang biasa lepak pantai Port Dickson (PD) sambil pacak khemah, nampaknya game over untuk aktiviti tu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, confirmkan larangan pasang khemah di 11 pantai utama daerah tu.
Kenapa Ban Ni Ada?
Menurut MB, larangan ni bukan suka-suka nak kacau orang bercuti, tapi lebih kepada jaga kebersihan & elak benda tak elok berlaku. Kalau tak ada peraturan, nanti jadi kes dalam khemah, siapa yang kena? PBT? MB? So, lebih baik cegah awal.
"Saya pelik juga, dulu orang marah khemah biru terlalu banyak. Bila kita sekat semua, pun nak marah. Jadi, nak ikut mana satu?" – MB Aminuddin.
Netizen Bengang?
Lepas pengumuman ni, media sosial terus panas. Ada yang cakap pantai tu tempat awam, tak patut ada sekatan. Ada juga yang sampai ajak boikot PD sebab rasa peraturan ni macam menyusahkan pelancong.
"Dulu pantai PD bebas, boleh pacak khemah sesuka hati. Sekarang semua nak kontrol! Jom cari tempat lain!" – komen seorang warganet.
Tapi, MB Aminuddin pesan – jangan ikut emosi. Larangan ni juga bagi jaga peniaga tempatan yang cari makan kat PD. Kalau tiba-tiba semua orang boikot, siapa yang rugi? Kita sendiri juga.
Apa Solusinya?
Maybe pihak berkuasa boleh bagi sistem sewa khemah yang lebih tersusun, instead of totally ban? Atau ada kawasan khas untuk khemah?
So, apa pendapat korang? Patut ke ban total atau kena ada alternatif?
Larangan berkhemah itu telah membuatkan pantai menjadi lengang, peniaga² kiosk nk dpt rm50 sehari pun dh payah. Begitu jua dengan tandas yg dikontrak hasil tidak seberape sewaan tinggi.
Money talk.. it's all about the money, stupid mb follow the whims of the pd beach business owners