HalalXPlorer Logo
maju expressway
14 April 2025

17 Laluan Sekitar KL & Putrajaya Ditutup Sementara Sempena Lawatan Presiden China – Ini Info Untuk Korang

Kongsikan:

Kalau korang memang jenis kena lalu highway Lembah Klang atau Putrajaya setiap hari – take note siap-siap. Mulai Selasa, 15 April 2025, sebanyak 17 laluan utama akan ditutup atau dilencongkan sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia. Penutupan ni akan berlangsung selama tiga hari, sampai Khamis, 17 April.

Kenapa Kena Tutup Jalan?

Menurut Polis JSPT Bukit Aman, langkah ni diambil untuk memberi laluan kepada pergerakan rasmi delegasi Presiden China. Penutupan ni akan dibuat secara berperingkat, dan akan berlangsung antara 30 hingga 45 minit setiap kali, bergantung kepada jadual pergerakan delegasi.

Laluan Mana Yang Terlibat?

Antara laluan besar yang akan ditutup termasuk:

Selasa, 15 April (6:00 petang):

  • Lebuh KLIA
  • Lebuhraya ELITE
  • Lingkaran Putrajaya
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Persiaran Selatan
  • Lebuh Gemilang
  • Jalan P5

Rabu, 16 April (Bermula 9:30 pagi & 12:30 tengah hari):

  • Jalan P5
  • Lebuh Gemilang
  • Persiaran Selatan
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Lingkaran Putrajaya
  • MEX Highway
  • KESAS
  • SPE
  • SUKE
  • NPE
  • Terowong SMART
  • KL-Seremban
  • Jalan Istana
  • Jalan Damansara
  • Jalan Sultan Abdul Halim
  • Jalan Sultan Iskandar

Petang 16 April (4:10 & 6:30 petang):

  • Jalan Tunku Abdul Rahman
  • Lebuh Sentosa
  • Lebuh Perdana Barat
  • Persiaran Seri Perdana

Khamis, 17 April (8:50 pagi – 9:50 pagi):

  • Jalan P5
  • Lebuh Gemilang
  • Persiaran Selatan
  • Lebuhraya Putrajaya-Dengkil
  • Lingkaran Putrajaya
  • ELITE
  • Lebuh KLIA

Jadi Apa Korang Patut Buat?

  1. Rancang Awal Perjalanan – Kalau boleh elakkan guna laluan yang terlibat, especially waktu puncak penutupan.
  2. Gunakan Laluan Alternatif – Waze dan Google Maps mungkin akan jadi penyelamat waktu ni.
  3. Gunakan Pengangkutan Awam – KLIA Ekspres atau Transit, especially kalau korang ada flight dari KLIA.
  4. Dengar Arahan Polis Trafik – Ada 378 pegawai dan anggota trafik ditugaskan untuk kawal pergerakan sepanjang tiga hari ni.

Khas Untuk Yang Nak Ke KLIA Terminal 2

Akses ke KLIA Terminal 2 ditutup untuk kenderaan persendirian sepanjang penutupan!
Satu-satunya cara nak sampai ke sana adalah dengan KLIA Transit dari Terminal 1. So jangan ambil risiko terus ke Terminal 2 naik kereta, memang tak boleh masuk.

image

Polis trafik akan buat kawalan penuh, jadi please beri kerjasama. Bukan selalu kita jadi tuan rumah kepada pemimpin besar dunia – jom jadi rakyat Malaysia yang cool & bertanggungjawab!

#TrafficAlert #KLClosure #LawatanPresidenChina #JalanDitutup #PlanAwalElakStres

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Adanan Abdllah
Adanan Abdllah
8 days ago

Tkasih atas makluman. Kami pd 17/4/25 nk KLIA 1. Kena tiba sana jam 5 pagi. Walaupun waktu tak bertindih tapi perlu rancang, bimbang ada perubahan saat akhir

PILIHAN PEMBACA