HalalXPlorer Logo
aerotrain klia
25 January 2025

Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Suku Kedua Tahun Ini !

Kongsikan:

Buat korang yang selalu terbang dari KLIA, ada berita baik! Perkhidmatan aerotrain yang lama dihentikan kini dijangka kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. Walaupun asalnya dijadualkan bermula 31 Januari, projek ini mengambil masa tambahan untuk memastikan semuanya tip-top.

Apa Status Terkini?

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani, kata semuanya nampak on track ikut jadual baru. Kalau semua ujian selesai seperti yang dirancang, aerotrain ni boleh mula operasi pada April atau selepasnya.

Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Suku Kedua Tahun Ini !

“Kami pastikan keselamatan penumpang jadi keutamaan. Setiap komponen sistem tren ni diuji habis-habisan untuk pastikan semuanya berfungsi dengan baik,” katanya.

Ujian Ketat Sebelum Beroperasi

Aerotrain baru ni sedang lalui 80 ujian penting termasuk ujian dinamik, integrasi sistem, dan yang paling mencabar, Fault Free Run (FFR). Dalam ujian ni, tren pertama kena beroperasi sejauh 2,000 km tanpa sebarang masalah. Bila tren pertama lepas, dua lagi tren kena buat 1,000 km setiap satu tanpa gagal. Semua ni dibuat bawah pengawasan ketat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Suku Kedua Tahun Ini !

Kapasiti Tren Baru Lebih Besar

Aerotrain baru ni ada peningkatan kapasiti! Kalau dulu cuma muat 230 penumpang, sekarang boleh tampung 270 orang dalam satu perjalanan. Ada tiga gerabak dalam setiap tren, dengan setiap gerabak boleh bawa 90 penumpang. Jadi, makin ramai yang boleh naik sekaligus.

Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Suku Kedua Tahun Ini !

Kenapa Projek Ini Penting?

MAHB anggap projek ni sebagai langkah besar untuk naik taraf KLIA. Bukan sekadar untuk mudahkan pergerakan penumpang, tapi juga untuk tingkatkan imej Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini. Tambahan pula, ini persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Apa Kisah Sebelum Ini?

Aerotrain di KLIA dihentikan sepenuhnya sejak Mac 2023 atas faktor keselamatan selepas insiden tren terkandas. Masa tu, seramai 114 penumpang terpaksa berjalan kaki 400 meter ke terminal satelit. Lepas insiden tu, MAHB terus hentikan operasi aerotrain lama yang dah berusia 25 tahun dan mula fokus pada pembinaan tren baru.

Harapan Baru

Kalau semuanya berjalan lancar, perkhidmatan aerotrain baru ni bakal beri pengalaman lebih baik untuk semua pengguna KLIA. Lagipun, siapa je yang tak nak proses bergerak antara terminal jadi lebih cepat, selesa, dan selamat, kan?

So, kalau korang ada rancangan nak travel lepas pertengahan tahun ni, tunggu update pasal aerotrain ni. KLIA bakal lebih moden dan mesra pengguna!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA