HalalXPlorer Logo
amar qobin journey to makkah
07 June 2025

Amar Baharin & Qobin Mungkin Tamatkan Misi Kayuhan Di Madinah, Bukan Makkah

Kongsikan:

Selepas lebih sebulan mengayuh dari Perlis ke Tanah Suci, pelakon Amar Baharin dan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin kini hampir sampai ke penghujung misi #JourneyToTanahHaram mereka.

Dua figura yang pernah mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menawan Gunung Everest ini kini berada sekitar 400 kilometer dari Madinah dan sedang berehat di wilayah Al Qasim, Arab Saudi. Dalam keadaan cuaca panas mencecah 51°C, perjalanan mereka kini bergerak lebih perlahan, bergantung kepada rehat dan keadaan semasa.

image

Menurut isteri Amar, pelakon dan pengacara Amyra Rosli, perjalanan mereka kini tidak lagi berlangsung setiap hari disebabkan cabaran cuaca dan logistik.

“Mereka berehat sehari dua selepas kayuhan jarak tertentu. Cuaca sekarang memang ekstrem dan tak mudah nak dapat makanan atau penginapan,” kata Amyra.

Madinah Jadi Titik Akhir Kayuhan?

Walaupun rancangan asal adalah untuk mengayuh sehingga ke Makkah, Amyra memaklumkan destinasi terakhir mungkin ditamatkan di Madinah. Ini kerana musim haji sudah bermula dan kemasukan ke Makkah semakin terhad kepada jemaah haji.

“Perancangan asal memang mahu ke Makkah. Tapi dengan keadaan sekarang, mereka mungkin tamatkan di Madinah. Apa-apa pun, semua ikut perancangan semasa,” ujar Amyra.

Dapat Bantuan Orang Ramai Sepanjang Perjalanan

Menurut Amyra, sepanjang misi ini, Amar dan Qobin sering menerima bantuan daripada penduduk setempat yang menyokong misi mereka – dari makanan hingga tempat tinggal.

“Ada yang beri mereka makanan, tumpangkan di rumah, bahkan hotel pun ada yang beri secara percuma. Momen macam ini buat saya rasa perjalanan mereka luar biasa,” katanya.

Walaupun jauh dari keluarga, Amyra bersyukur kerana Amar sentiasa memberi maklumat terkini setiap hari. Malah, semangat yang ditunjukkan oleh mereka berdua juga membuatkan Amyra tenang.

“Saya tak rasa murung atau sedih, sebab saya tahu keadaan mereka setiap hari. Bila tengok mereka gembira dan makin biasa dengan keadaan panas, saya jadi lega,” tambahnya.

Akan Pulang Naik Kapal Terbang

Menurut Amyra, setelah tamat misi kayuhan ini, Amar dan Qobin akan pulang ke tanah air dengan menaiki kapal terbang. Mereka sebelum ini memulakan perjalanan dari Perlis dan mengayuh merentasi beberapa buah negara seperti Thailand, Iran, dan kini Arab Saudi.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran, misi berbasikal ke tanah suci ini bukan sahaja satu bentuk ibadah, malah menjadi simbol ketabahan, kecekalan dan persaudaraan dua insan yang pernah mengharumkan nama Malaysia di puncak dunia.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
temp mail plus
13 days ago

Your blog is a breath of fresh air in the crowded online space. I appreciate the unique perspective you bring to every topic you cover. Keep up the fantastic work!

meinestadtkleinanzeigen.de

Excellent work on this ultimate guide! every paragraph is packed with value. It’s obvious a lot of research and love went into this piece. If your readers want to put these 7 steps into action immediately, we’d be honoured to help: https://meinestadtkleinanzeigen.de/ – Germany’s fastest-growing kleinanzeigen & directory hub. • 100 % free listings • Auto-sync to 50+ local citation partners • Instant push to Google Maps data layer Drop your company profile today and watch the local calls start rolling in. Keep inspiring, and thanks again for raising the bar for German SEO content!

PILIHAN PEMBACA