Cameron Highlands memang destinasi percutian kegemaran ramai, baik pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Keindahan alam semula jadi serta suasana yang nyaman dan menenangkan menjadikannya lokasi yang sempurna untuk bercuti.
Kini, ada satu lagi resort eksklusif yang patut anda cuba – Cameron Highlands Retreat! Dibuka pada penghujung tahun lepas, resort ini menawarkan pengalaman penginapan ala Inggeris dengan lokasi yang cukup strategik, berhampiran dengan tarikan utama di Cameron Highlands.
Keselesaan Dengan Rekaan Unik
Dikenali dengan cuacanya yang sejuk dan menyegarkan, Cameron Highlands memberikan pengalaman yang lebih istimewa apabila menginap di Cameron Highlands Retreat. Antara keunikan resort ini ialah bilik loteng yang diubah suai untuk menyatu dengan alam semula jadi, menjadikannya lebih eksklusif dan selesa. Setiap bilik direka dengan konsep yang tersendiri, memberikan sentuhan unik kepada pengunjung.
Kelengkapan Yang Disediakan
Tetamu yang menginap di sini boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti:
- Dapur lengkap untuk memasak sendiri
- Kad akses keselamatan
- Smart TV untuk hiburan anda
- Steamboat & BBQ untuk pengalaman makan yang lebih seronok
Pilihan Penginapan
Cameron Highlands Retreat menawarkan tiga jenis bilik yang sesuai untuk pelbagai keperluan percutian anda:
1. Rooftree
Terdapat tiga pilihan Rooftree yang tersedia, sesuai untuk mereka yang ingin pengalaman lebih eksklusif.
Harga: RM980 – RM1,750
2. Suite
Empat jenis suite tersedia dengan reka bentuk mewah dan ruang yang luas.
Harga: RM980 – RM2,800
3. Standard Room
Pilihan bajet-friendly tetapi tetap selesa dengan dua jenis bilik berbeza.
Harga: RM250 – RM450
Jika anda sedang mencari penginapan dengan suasana mewah dan penuh ketenangan di Cameron Highlands, Cameron Highlands Retreat adalah pilihan yang tepat!
Untuk maklumat lanjut & tempahan:
cameronhighlandretreat.com