Singapura memang tak pernah main-main bila bab inovasi dan masa depan. Terbaru, projek mega Terminal 5 (T5) di Changi Airport akhirnya bermula secara rasmi pada 14 Mei 2025, selepas tertangguh dua tahun disebabkan pandemik. Dan kalau korang rasa terminal baru ni sekadar tambah bangunan je—korang silap besar. T5 ni sebenarnya umpama bina satu airport baru terus!
Apa yang best sangat pasal T5 ni?
Terminal 5 ni dibina atas tanah seluas 1,080 hektar—hampir sama besar dengan keseluruhan Changi Airport sekarang. Bila siap nanti (sekitar pertengahan 2030-an), ia mampu tampung sehingga 50 juta penumpang setahun, sekaligus meningkatkan kapasiti keseluruhan Changi kepada 140 juta penumpang setiap tahun. Gila besar!

Singapore Airlines dan Scoot pun akan pindah operasi sepenuhnya ke T5, jadi korang akan nampak operasi mereka lebih lancar sebab semuanya dikumpulkan bawah satu bumbung.
Reka bentuk moden, tapi tetap cozy
Walaupun berskala besar, T5 dibina dengan konsep “selesa dan mesra manusia”. Rekaan bumbungnya melengkung, ada “daun-daun bumbung” pelbagai saiz dan tinggi supaya tak rasa macam berada dalam gudang besar.

Contohnya, di kawasan rehat, bumbung direka lebih rendah tetapi di kawasan yang ramai orang berkumpul seperti kawasan imigresen, bumbung lebih tinggi. Barulah tak rasa sesak nafas !

Pencahayaan semulajadi, landskap hijau dan suasana santai tetap kekal—standard Changi Airport yang kita semua dah biasa.
Bumbung yang berlapis-lapis tu la yang membenarkan cahaya luar masuk !

Nak ke mana-mana? Senang gila.
Terminal ni akan ada tiga sistem Automated People Mover (APM), macam Skytrain tapi lebih canggih. Nak ke gate, ke imigresen atau ke Terminal 2? Tak payah jalan jauh—naik je APM atau travelator.

Terminal ni juga akan terus dihubungkan ke dua MRT utama: Thomson-East Coast Line dan Cross Island Line, jadi korang boleh sampai dari bandar terus ke terminal dengan mudah. Ada juga pusat pengangkutan darat yang menggabungkan bas, teksi dan perkhidmatan lain—all in one place.
Teknologi canggih, pengalaman lebih smooth
Kalau dulu kita selalu risau hujan lebat ganggu sistem bagasi, kali ni tak perlu risau. T5 bakal guna robot bagasi yang boleh beroperasi walaupun dalam cuaca tak menentu. Sistem video analytics dan AI pula akan bantu ramal kelewatan penerbangan dari awal.

Nak tahu best lagi? Penumpang transit boleh connect flight bawah sejam, dan penumpang tiba boleh naik teksi atau MRT dalam masa 30 minit je lepas keluar dari kapal. Laju gila.
Lebih mesra alam, lebih siap hadapi masa depan
T5 dibina dengan sustainability dalam fikiran. Terminal ni akan gunakan sistem tenaga boleh diperbaharui, termasuk panel solar sebesar 20,000 flat HDB! Kenderaan di kawasan airside pun akan semuanya bertenaga elektrik menjelang 2025.

Terminal ini juga direka untuk tahan perubahan iklim dan banjir besar. Kawasan landasan dinaikkan 5.5 meter atas paras laut, dengan sistem saliran khas untuk hadapi ribut besar dan air pasang.
Bukan sekadar terminal – tapi gaya hidup
T5 ni bukan je tempat untuk travel. Akan ada ruang untuk orang lepak, makan-makan, jumpa kawan, dan nikmati aktiviti santai. Ia akan jadi lokasi gaya hidup, bukan sekadar tempat check-in atau naik kapal terbang.
Malah, ada juga perancangan sambungan ke Terminal Feri Tanah Merah, yang bakal mudahkan perpindahan udara-laut ke destinasi sekitar.
Dengan permulaan kerja pembinaan ni, Changi Airport bukannya sekadar ‘tambah terminal’, tapi betul-betul naik taraf jadi lapangan terbang masa depan. Lebih canggih, lebih mesra pengguna, lebih hijau—dan lebih bersedia untuk jadi hub penerbangan utama dunia.
T5 bukan penamat—tapi permulaan era baru untuk Changi dan Singapura. Tunggu je pertengahan 2030-an nanti. Kalau korang peminat travel, percayalah—ini akan jadi antara terminal paling power yang pernah korang jejak.


