Korang yang dah mula countdown nak cuti sekolah tu, berita baik ni memang untuk korang! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru je umumkan tarikh rasmi Cuti Penggal 1 untuk sesi akademik 2025/2026 – bermula dari 29 Mei hingga 9 Jun 2025, menjadikan jumlah keseluruhan cuti sebanyak 12 hari.
Lagi best, cuti kali ni memang kena ngam-ngam dengan Hari Raya Aidiladha, yang dijangka jatuh pada Sabtu, 7 Jun 2025. Memang rezeki betul – dapat sambut raya dengan tenang dan tak payah risau nak kejar sekolah lepas tu.
Gabungan cuti penggal dan perayaan macam ni memang buat ramai cikgu dan murid rasa lega, lebih-lebih lagi lepas beberapa bulan struggle dengan kelas, peperiksaan dan aktiviti sekolah yang padat. Masa yang sesuai sangat untuk recharge dan spend masa dengan family.

Kalau korang nak tahu, KPM masih kekalkan pembahagian cuti ikut negeri – ada Kumpulan A dan Kumpulan B:
- Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)

Jadi korang dah boleh mula plan awal-awal nak bercuti ke mana, nak balik kampung ke, atau nak rehat je di rumah. Apa pun pilihan korang, cuti kali ni memang berbaloi dan sangat dinantikan!
Nak tahu lebih lanjut atau semak tarikh lain dalam Kalendar Akademik KPM? Boleh tengok terus di portal rasmi KPM.

