Selalu kalau sebut Jepun, orang terus fikir Tokyo, Osaka, atau Hokkaido. Tapi korang tau tak ada satu bandar yang underrated tapi serius kena masuk dalam bucket list kalau nak travel ke Jepun?
Meet Fukuoka—bandar penuh nature, sejarah, makanan halal, dan hidden gems yang best gila! Jom kita explore apa yang Fukuoka boleh offer.
Fukuoka, Syurga Pencinta Alam
Kalau korang suka travel sambil menikmati keindahan alam, Fukuoka memang tempat yang wajib masuk itinerary. Nah, beberapa spot wajib singgah:
Hirodai

Bayangkan kawasan berbukit hijau dengan batu kapur putih berselerak—itulah Hirodai, juga dikenali sebagai Yougunbaru oleh penduduk tempatan. Selain view yang aesthetic gila, korang boleh explore Gua Senbutsu Shonyudo, gua batu kapur dengan air jernih yang mengalir di dalamnya. Perfect untuk chill dan OOTD!
Air Terjun Shiraito

Kalau nak cari tempat tenang jauh dari hiruk-pikuk bandar, Shiraito Falls pilihan tepat. Air terjun setinggi 25 meter ni memang stunning, lagi-lagi kalau datang masa winter—pemandangan dia macam dalam lukisan!
Uminonakamichi Seaside Park

Taman ni bukan sekadar taman biasa, tapi taman rekreasi luas gila yang ada bunga-bunga bermusim, taman tema air, dan macam-macam aktiviti outdoor. Kalau datang masa spring, confirm korang akan jatuh cinta dengan lautan bunga sakura dan tulip yang mekar!
Tarikan Untuk Seisi Keluarga
Kalau travel dengan family, Fukuoka ada banyak spot menarik untuk kanak-kanak dan adults enjoy sama-sama!
Kashii Kaen Sylvanian Garden

Korang peminat Sylvanian Families? Kat taman tema ni, korang boleh bergambar dengan patung bersaiz sebenar karakter Sylvanian dan enjoy persembahan mereka setiap hari! Must-visit kalau ada anak kecil (atau korang sendiri peminat tegar Sylvanian).
Muzium Anpanman

Besar dalam era 90-an? Confirm kenal Anpanman! Kat sini, bukan sekadar muzium biasa tapi ada studio khas yang dibina macam dunia sebenar Anpanman. Nostalgia betul!
Korang Suka Sejarah? Ini Tempat Wajib Pergi
Kalau suka tempat bersejarah, Fukuoka ada beberapa lokasi best yang masih terjaga keasliannya:
- Istana Kokura – Istana klasik Jepun yang cantik gila.
- Jalan Retro, Moji Port – Rasa macam balik ke zaman Jepun dulu-dulu.
- Muzium Landasan Keretapi Kyushu – Untuk yang minat sejarah pengangkutan Jepun.
Makanan Halal? Tak Ada Masalah!
Tak lengkap trip kalau tak cuba makanan local, kan? Jangan risau, Fukuoka ada restoran halal yang memang best!
Yagoro Kashii

Restoran Jepun yang halal ni terkenal dengan mi soba. Penyediaan makanan halal diasingkan dari dapur biasa, so korang boleh makan dengan tenang.
Naniwa Sushi

Sushi kat sini dibuat dengan bahan segar tanpa mirin atau alkohol dalam seasoning dia. Fully halal & sedap gila!
Kalau korang masih ragu-ragu, banyak juga kedai makanan Arab yang boleh jadi alternatif. Confirm takkan kelaparan!
Shopping Sampai Poket Kering
Dah puas jalan-jalan, tibalah masa untuk shopping! Dua tempat ni wajib pergi kalau nak beli-belah:
Canal City Hakata

Dikenali sebagai "City within the city", mall ni bukan sekadar shopping mall biasa sebab ada reka bentuk unik dengan jalan air mengalir sekelilingnya. Shopping sambil chill, best kan?
TOSU Premium Outlet

Kalau rasa harga barang kat Genting Premium Outlet atau Johor Premium Outlet dah murah, korang kena try shopping kat sini. Banyak barang branded dengan harga jauh lebih murah dari Malaysia!
Jom Terbang Ke Fukuoka!
Banyak lagi tempat best yang tak sempat nak list kat sini. Tapi satu benda confirm, Fukuoka memang underrated tapi worth it gila untuk dilawati!
So, bila nak book tiket?