HalalXPlorer Logo
genting skyworlds diamond jubilee promotion
17 February 2025

Genting SkyWorlds Buka Harga Gila-Gila – Tiket Serendah RM36 Hingga 31 Ogos Nanti !

Kongsikan:

Geng thrill-seekers, ini memang berita yang korang tak boleh lepaskan! Genting SkyWorlds Theme Park bagi peluang sekali seumur hidup untuk masuk taman tema dengan harga serendah RM36 sempena sambutan Diamond Jubilee Resorts World Genting!

Genting SkyWorlds Buka Harga Gila-Gila – Tiket Serendah RM36 Bermula Hingga 31 Ogos Nanti !
https://www.tiktok.com/@myhalalxplorer/video/7468153874700979464?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7325343047565575682

Tawaran ni bermula 8 Februari hingga 31 Ogos 2025, dan harga tiket yang ditawarkan memang tak masuk akal:

KategoriHarga OnlineHarga Walk-in
Warganegara MalaysiaRM60 (Harga asal RM168)-
Bukan WarganegaraRM120 (Harga asal RM198)-
Penduduk Pahang (Kod negeri IC: 06, 32, 33)-RM36 (Harga asal RM84)

Nota: Harga tertakluk pada cukai semasa. Terma & syarat dikenakan.

Menurut Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran & Perhubungan Awam RWG, tawaran ni sebagai penghargaan kepada semua pengunjung yang menyokong taman tema ni sejak 60 tahun lalu.

Tiket ni murah gila – lebih kurang harga 6 cawan kopi! So, tak perlu risau nak berjimat makan atau skip kopi mahal sebab boleh enjoy roller coaster tanpa fikir bajet.


Sambutan Ulang Tahun ke-3 Genting SkyWorlds – Hadiah & Aktiviti Menarik!

Selain harga tiket yang super murah, 8 Februari juga adalah ulang tahun ke-3 Genting SkyWorlds! Ada banyak aktiviti dan kejutan dalam taman tema ni:

Genting SkyWorlds Buka Harga Gila-Gila – Tiket Serendah RM36 Bermula Hingga 31 Ogos Nanti !

Sambutan Hari Jadi di Ice Age Customer Service Counter
Kalau birthday korang jatuh pada 8 Februari, boleh tunjuk IC atau pasport untuk dapat hadiah bernilai RM100!

Game & Aktiviti di Central Park Garden & Andromeda Base
Join game dan cabaran dari 12 tengah hari hingga 4 petang untuk menang hadiah best!


Genting SkyWorlds – Taman Tema Bertaraf Dunia

Sejak pembukaannya, Genting SkyWorlds dah menang pelbagai anugerah seperti:

  • MATFA Golden Horse Awards 2023
  • HAPA Awards Malaysia Series 2023/24
  • Parenthood Parents’ Choice Awards 2024

Dengan 9 dunia bertema, taman tema ni memang lokasi terbaik untuk korang cipta memori best dengan family dan kawan-kawan!

image

Pakej Khas – Team Building & Family Day

Kalau nak buat trip dengan geng ofis atau sekolah, Genting SkyWorlds ada pakej khas yang lebih jimat:

Team Building Package (RM240/pax)

  • Tiket Standard Day
  • RM50 kredit F&B
  • Merchandise eksklusif
Genting SkyWorlds Buka Harga Gila-Gila – Tiket Serendah RM36 Bermula Hingga 31 Ogos Nanti !

Family Day & School Package (RM180/pax)

  • Tiket Standard Day
  • RM50 kredit F&B

Tawaran sah hingga 31 Disember 2025 (kecuali cuti umum & sehari sebelum cuti umum). Tempahan minimum 50 orang diperlukan.


Info Waktu Operasi

Mulai 18 Februari 2025, taman tema akan dibuka 10 pagi – 6 petang setiap hari kecuali Selasa. Kalau Selasa jatuh pada cuti umum Malaysia, taman tema akan tetap dibuka!

Genting SkyWorlds Buka Harga Gila-Gila – Tiket Serendah RM36 Bermula Hingga 31 Ogos Nanti !

Nak info lanjut? Layari gentingskyworlds.com.

So, siapa yang nak feeling atas awan sambil naik roller coaster tanpa rabak poket, inilah masanya. Cepat plan trip korang sekarang!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA