HalalXPlorer Logo
masuk percuma di melaka 20 februari 2025
18 February 2025

Gempak! 13 Lokasi Pelancongan di Melaka Bagi Masuk Percuma pada 20 Februari!

Kongsikan:

Melaka calling, geng! Kalau korang tengah cari port best untuk lepak dengan family atau geng, 20 Februari 2025 ni wajib lock kalendar sebab 13 lokasi pelancongan di Melaka akan buka PERCUMA untuk semua rakyat Malaysia!

  • Tarikh: 20 Februari 2025 (Khamis)
  • Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang (A’Famosa buka jam 10.00 pagi)
  • Siapa layak? Rakyat Malaysia dengan IC

Ini semua sempena cuti Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berlaku di Banda Hilir pada 20 Februari 1956. So, jom celebrate sejarah dengan trip percuma ke tempat-tempat best ni:

13 Lokasi Pelancongan di Melaka Bagi Masuk Percuma pada 20 Februari!

13 Lokasi Yang Korang Boleh Masuk Free!

  • Melaka River Cruise – Nikmati pemandangan bandar Melaka dari sungai!
  • Menara Taming Sari – Lihat panorama Melaka dari udara!
  • Zoo Melaka – Jumpa haiwan-haiwan rare & comel!
  • Melaka Wonderland Theme Park & Resort – Mandi-manda puas-puas!
  • A’Famosa Theme Park Water World – Lagi satu taman tema air yang wajib try!
  • Muzium-muzium bawah PERZIM – Untuk kaki sejarah dan budaya!
  • Muzium Jabatan Penjara – Nak tengok macam mana keadaan penjara lama? Sini tempat dia!
  • Kompleks Air Panas Gadek – Relax dalam air panas semula jadi!
  • Balai Cerap Al-Khawarizmi – Lihat bintang dan teroka angkasa!
  • Air Panas Cherana Putih – Satu lagi tempat best untuk berendam!
  • Melaka River Park – Tempat rekreasi santai tepi sungai!
  • Kompleks Kraf Melaka – Untuk korang yang minat seni & kraftangan!
  • 5 Kelab Golf di Melaka – Ayer Keroh Country Club, Tiara Country Club, Orna Golf & Country Club, A’Famosa Golf, Jasin Golf Heritage.

Nak Golf Free? Buggy Kena Bayar Sendiri!

Bagi yang nak enjoy golf percuma, boleh serbu 5 kelab golf terpilih ni. Tapi, bayaran buggy kena tanggung sendiri. Selain tu, kalau nak dinner, kelab golf kenakan RM50 per pax.


Melaka Bagi Free, Takkan Korang Nak Lepaskan?

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sendiri confirmkan bahawa tahun ni, lebih banyak tempat swasta join inisiatif ni untuk support industri pelancongan Melaka. So, takde alasan nak stay rumah je kan?

Mark your calendar, jom serbu Melaka! Mana lagi? Melaka Ler!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA