Kalau korang rasa dah bosan pusing-pusing tempat sama je kat Genting, berita ni mungkin buat korang excited sikit.
Resorts World Genting (RWG) bakal undergo satu transformasi baru yang agak besar – bukan je upgrade biasa-biasa, tapi termasuk juga facilities dan tarikan baru yang dijangka boost lagi status Genting sebagai salah satu hub pelancongan terkemuka Asia. Yes, bukan Malaysia je. Asia !
Genting Berhad umumkan berita ni dalam pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia. Memetik The Star, diorang cakap akan terus fokus pada nak bagi servis terbaik, urus kos dengan bijak, dan pastikan pengurusan operasi lebih efisien dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni.
Tapi berita paling menarik – akan ada pengalaman ekopelancongan baru kat Genting Highlands. Maksudnya, bukan sekadar naik cable car, shopping dan main kasino je. Mungkin lepas ni korang boleh expect elemen alam semula jadi yang lebih immersive – macam aktiviti outdoor, jungle trail moden atau mungkin juga resort ala-ala nature glamping vibe?
Cuma, dalam masa RWG tengah plan benda best ni, kewangan mereka untuk suku pertama tahun 2025 taklah berapa manis sangat. Pendapatan jatuh dari RM7.4 bilion ke RM6.5 bilion, dan untung bersih pula merosot teruk dari RM588 juta ke RM4.5 juta. Ouch. Antara puncanya termasuklah perubahan mata wang – bila ringgit makin kuat, untung dari pelancong luar automatik akan nampak kurang sikit nilainya. Ditambah pula musim perayaan yang ‘kurang ngam’ dengan waktu puncak bisnes.
Kat Singapura pun, Resorts World Sentosa turut kena tempias – dengan kadar kemenangan VIP yang rendah dan Hard Rock Hotel yang tengah tutup untuk ubah suai dan penjenamaan semula.
Tapi, tak semua angka merah. Bahagian perladangan Genting actually mencatat prestasi lebih baik disebabkan harga sawit naik dan jualan produk hiliran pun meningkat. So, at least ada satu sisi yang bagi sinar harapan.
Untuk jangka masa panjang, Genting masih optimis – walaupun recovery akan jadi tak sekata antara rantau. Macam kat UK, diorang baru ambil alih Aspers Stratford kat London, yang akan kukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran kasino di sana. Kat New York, diorang kekal jadi antara pemain utama industri kasino, dan kat Bahamas pula, RW Bimini akan dipromosikan lebih agresif dengan tumpuan pada kapal persiaran antarabangsa.
Syarikat anak, Genting Malaysia Berhad (GENM) pun alami penurunan hasil – dari RM2.76 bilion ke RM2.6 bilion. Tapi menariknya, untung bersih meningkat dari RM57.78 juta ke RM72.58 juta. Sebab utama? Pertukaran mata wang asing yang kali ni beri keuntungan – berbanding kerugian besar tahun lepas.
Kesimpulannya? Walaupun angka kewangan nampak macam roller coaster, Genting sebenarnya tengah gear up untuk fasa baru yang lebih menarik. Dengan pelan upgrade, tarikan baru dan ekopelancongan dalam pipeline – RWG mungkin bakal jadi destinasi yang lebih fresh, lebih family-friendly, dan tak mustahil jadi playground utama untuk generasi baru.
So yeah, kalau korang ada plan naik Genting tahun ni – mungkin elok standby untuk surprise yang lebih next level.


