HalalXPlorer Logo
hard rock genting highlands
03 June 2025

Hard Rock Hotel Terbesar di Dunia Bakal Dibuka di Genting Highlands !

Kongsikan:

Kalau korang rasa Genting Highlands dah cukup meriah, tunggu je sampai tahun 2027. Sebabnya, kat situ nanti bakal ada Hard Rock Hotel paling besar di Asia – dan lokasinya bukan dekat tepi laut, tapi dekat atas bukit. Nama rasmi dia: Hard Rock Genting Highlands.

hard rock genting

Hotel ni akan jadi sebahagian daripada projek mega King's Park, satu pembangunan pelbagai guna yang memang tengah rancak dibina sekarang. Dan bukan kecil-kecil anak punya projek – hotel ni sendiri akan berdiri setinggi 45 tingkat dengan jumlah keseluruhan 1,001 bilik dan suite. Siap ada 371 bilik biasa, 630 suite, dan satu ruang runcit khas dipanggil Rock Shop yang mungkin penuh dengan merch-mania Hard Rock.

king's park genting highlands

Nak berendam? Ada kolam air panas. Nak makan sedap? Ada ruang makan eksklusif. Nak rehat gaya rockstar? Ada spa, lounge, bar – semua cukup.

Hard Rock Genting Highlands ni sebenarnya sebahagian daripada fasa ketiga projek King's Park, dan keseluruhan pembangunan tu dijangka akan siap dalam tempoh lebih kurang sepuluh tahun. Projek ni bukan main-main – nilai pembangunan kasar dia mencecah RM10 bilion, dan akan merangkumi macam-macam: dari kediaman, komersial, taman tema, sampai ke fasiliti perubatan.

largest hard rock hotel in the world

Perjanjian rasmi pun dah dimeterai – pihak Hard Rock International dan syarikat tempatan HR Resort & Residences dah pun setuju nak jalan sama-sama dalam projek ni. Dan seperti biasa, bila libatkan nama-nama besar, mesti ada majlis tandatangan perjanjian yang penuh protokol. Tapi yang pentingnya, projek ni memang sahih dan tengah bergerak.

Kalau selama ni korang kenal Hard Rock dengan lokasi tepi pantai, muzik kuat, dan vibe santai, kali ni korang akan dapat rasa pengalaman tu dekat tempat yang sejuk, berasap dan penuh kabus. Dan bila siap nanti, ia bukan sekadar tempat tidur – tapi bakal jadi destinasi sendiri untuk orang nak datang, lepak dan stay macam rockstar.

hard rock hotel king's park

So, kepada yang plan nak ke Genting dalam masa terdekat ni, korang boleh tengok sendiri progress dia. Dan kalau korang ada plan untuk staycation hujung dekad nanti, bolehlah mula simpan cuti dari sekarang.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA