Kalau korang tinggal atau kerja kat area Lembah Klang, take note ya – enam lebuhraya dan 25 jalan utama akan ditutup berperingkat bermula Jumaat ni, 23 Mei sampai 28 Mei 2025. Semua ni untuk bagi laluan kepada Sidang Kemuncak ASEAN yang tengah berlangsung kat KL.
Tema kali ni: “Keterangkuman dan Kemampanan”, dan lebih 300 program serta mesyuarat penting akan berlangsung sepanjang tahun. So expect jalan jammed, especially dekat lokasi utama.
Apa Jalan & Lebuhraya yang Terlibat?
Ni senarai laluan yang akan ditutup sementara, bergantung pada masa ketibaan delegasi:
Tarikh: 23-26 Mei (7 pagi – selesai ketibaan)
Antara laluan penting yang akan ditutup:
- Lebuh KLIA
- ELITE (KLIA-Putrajaya)
- NKVE (Subang-Jalan Duta)
- GUTHRIE
- PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)
- MEX
- KL-Seremban (Sg Besi-Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Parlimen, Jalan Kuching
Tarikh: 26 Mei (waktu spesifik)
- 8 pagi – selesai
- 5.30 petang – selesai
- 7 malam – selesai
Beberapa simpang kat kawasan KLCC yang akan tutup:
- Jalan Ampang – Jalan P. Ramlee
- Jalan Sultan Ismail – Jalan P. Ramlee
- Jalan Perak – Jalan P. Ramlee / Jalan Pinang
- Jalan Stonor – Jalan Kia Peng / Persiaran KLCC
27 Mei (8 – 10.30 pagi)
Simpang-simpang sama sekitar KLCC akan ditutup sekali lagi.
27 Mei (11.45 pagi – 1 petang)
- Jalan Tun Razak
- Jalan Mahameru
- Jalan Sultan Abdul Halim
27 Mei (1.45 petang – 3 petang)
- Jalan Parlimen – Jalan Kuching
- Jalan Sultan Ismail dan beberapa simpang utama dekat KLCC
28 Mei (8 pagi)
Semua jalan dan lebuhraya yang dinyatakan sebelum ni akan ditutup semula untuk pergerakan balik delegasi.
Kena Buat Simulasi, Walaupun Hujan
Polis siap buat latihan raptai konvoi dalam hujan lebat! Diorang nak pastikan semua logistik, keselamatan, dan protokol berjalan lancar sepanjang summit ni.
Tarikh raptai:
- 21 Mei – konvoi negara ASEAN
- 22 Mei – konvoi negara GCC
Beberapa Info Penting untuk Korang:
- Setiap penutupan jalan akan ambil masa lebih kurang 30 minit je – untuk laluan konvoi VIP.
- Elakkan parking tepi jalan yang terlibat – kalau tak, kereta korang kena tunda!
- Kenderaan berat dan komersial dilarang masuk bandar KL antara:
- 6.30 pagi – 7.30 pagi
- 4.30 petang – 5.30 petang
- Bermula 21 Mei hingga 28 Mei
Kesimpulan:
So korang yang nak keluar masuk KL atau pergi kerja, plan perjalanan siap-siap. Guna Waze atau Google Maps untuk elak laluan terlibat. Kalau boleh, naik LRT je atau work from home kalau boss bagi!
Nak info real-time? Follow PDRM atau PLUS di media sosial untuk update terkini. Jangan sampai terperangkap dalam jam tanpa tahu sebab, okay?








