Siapa masih ingat Hentian Puduraya? Terminal bas legend yang dulu jadi tempat wajib sebelum balik kampung. Sekarang, tingkat bawah Pudu Sentral tengah ‘comeback’ dengan vibe baru – lebih 20 gerai makanan dah mula beroperasi, siap dengan tempat duduk selesa!
Port Makan Baru, Pilihan Makanan Padu!
Gerai-gerai ni bukan biasa-biasa – ada 12 gerai zink kuning ceria dan 9 gerai kayu yang jual macam-macam makanan power. Nak makan nasi kukus ayam berempah, sate, makanan Thai, nasi kerabu, bubur berlauk? Semua ada! Kawasan ni juga ada 80 meja dan kerusi, memang sesuai lepak dengan kawan atau keluarga.
Menurut Zainol Kharib Mohamad, 46, salah seorang peniaga, kawasan ni mula beroperasi sejak 27 Disember tahun lepas dan sasarkan pelanggan dari pejabat dan bank berhampiran.

“Dulu orang tak ramai, tapi lepas kami promote dekat media sosial, makin ramai datang support! Terutama staf bank dekat area ni,” – Zainol.
Sekarang, sepanjang Ramadan, operasi dari 3 petang hingga 12 tengah malam (cuti Ahad). Lepas Raya nanti? Harapnya makin meriah!
Throwback Zaman Puduraya Dulu
Banyak pelanggan yang datang bukan sekadar nak makan, tapi juga throwback zaman dulu. Pudu Sentral dulu dikenali sebagai Hentian Puduraya, terminal bas utama KL sebelum Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dibuka pada 2010.
“Dulu sini penuh orang nak balik kampung. Sejak bas pindah ke TBS, tempat ni sunyi. Sekarang bila dah ada tempat makan, orang datang semula, siap cerita memori naik bas kat sini dulu,” – Zainol.
Menu Ramadan ‘Special’!
Isteri Zainol, Wan Azmazieta Wan Hassan, 40, yang dulu berniaga kantin sekolah, kini fokus di Pudu Sentral untuk bantu besarkan anak-anak mereka.
Antara menu yang dijual:
- Mi Sup, Mi Kari, Laksa, Mi Rebus
- Nasi Lemak, Set Patin Masak Tempoyak, Set Asam Pedas
Special untuk Ramadan:
- Daging Salai, Tempoyak Daun, Rendang Ayam
- Patin Tempoyak, Keli Berlada, Cencaru Sambal
Memang padu dan wajib cuba!
Pudu Sentral Akan Kembali Meriah?
Dengan lebih banyak peniaga mula bertapak dan pengunjung makin ramai, nampaknya Pudu Sentral bakal hidup balik! Siapa yang nak nostalgia sambil pekena makanan best, boleh singgah sini.