HalalXPlorer Logo
ascend airways malaysia
16 March 2025

Ascend Airways Malaysia: Syarikat Penerbangan Baru Bakal Muncul !

Kongsikan:

Malaysia bakal menyaksikan kehadiran syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi dengan pesawat Boeing B737-800 dan B737 MAX 8 menjelang akhir 2025 atau awal 2026. Tapi, tak seperti syarikat penerbangan baharu lain yang gagal bertahan dalam persaingan sengit dengan Malaysia Airlines dan AirAsia, Ascend Airways ada strategi berbeza.

image

Bukan Penerbangan Biasa, Tapi ACMI

Ascend Airways Malaysia bukan syarikat penerbangan biasa yang jual tiket terus kepada penumpang. Sebaliknya, ia menawarkan perkhidmatan ACMI (Aircraft, Crew, Maintenance & Insurance) untuk pengangkutan kargo dan penumpang. Konsep ini lebih kepada B2B (Business-to-Business), di mana Ascend Airways menyokong syarikat penerbangan komersial yang memerlukan kapasiti tambahan semasa musim puncak atau keperluan khas lain.

Ascend Airways Malaysia adalah syarikat adik kepada Ascend Airways UK dan bernaung di bawah Avia Solutions Group (ASG), penyedia ACMI terbesar di dunia yang berpangkalan di Dublin, Ireland. ASG memiliki lebih 200 pesawat dan mengendalikan pelbagai perkhidmatan penerbangan termasuk penyelenggaraan, kargo, dan sewaan pesawat.

Dah Lulus Lesen, Tapi Masih Tunggu AOC

Pada November 2024, Ascend Airways Malaysia telah menerima kelulusan bersyarat untuk Air Service Permit (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). ASP ini membolehkan syarikat menawarkan penerbangan tidak berjadual, berbeza dengan Air Service Licence (ASL) yang diberikan kepada syarikat penerbangan komersial seperti Malaysia Airlines dan AirAsia.

Langkah seterusnya? Ascend Airways kini dalam proses mendapatkan Air Operator Certificate (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Tanpa AOC, mereka belum boleh memulakan operasi penuh. CEO CAAM, Datuk Captain Norazman Mahmud, mengesahkan permohonan AOC mereka sedang diproses, tetapi masih tiada garis masa rasmi untuk kelulusan.

Siapa Yang Mengemudi Ascend Airways Malaysia?

Diketuai oleh Germal Singh Khera sebagai CEO, Ascend Airways Malaysia disokong oleh pasukan yang berpengalaman dalam industri penerbangan tempatan. Germal pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam industri penerbangan Malaysia, termasuk bersama Malaysia Airlines dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Mavcom pada 2015.

Antara individu utama dalam Ascend Airways Malaysia:

  • Captain Wan Harris – Pengarah Operasi Penerbangan
  • Captain Aminullah Mohamed – Ketua Latihan dan Standard Juruterbang
  • Captain Zahirudin Mohd Farok – Ketua Operasi Juruterbang
  • Shamsul Idrus – Ketua Operasi Darat
  • Linda Foo – Ketua Komersial
  • Helmy A Razak – Ketua Pengurusan Penyelenggaraan
  • Augustinas Zemaitaitis – Ketua Pegawai Kewangan

Masa Depan Ascend Airways & Perancangan ASG

Bukan hanya Malaysia, Avia Solutions Group (ASG) juga dalam proses melancarkan tiga lagi syarikat penerbangan baharu di Brazil, Filipina, dan Thailand. Mereka kini sedang mendapatkan AOC di Filipina dan Thailand untuk syarikat penerbangan wet-lease baharu.

Dengan model perniagaan unik dan sokongan syarikat penerbangan gergasi, Ascend Airways Malaysia boleh menjadi game-changer dalam industri penerbangan tempatan. Walaupun mereka tidak bersaing secara langsung dengan syarikat penerbangan utama Malaysia, mereka berpotensi menjadi penyedia perkhidmatan penting dalam rantau ini.

So, adakah Ascend Airways akan berjaya mencipta fenomena baru dalam industri penerbangan Malaysia? Sama-sama kita nantikan!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA