Cuti sekolah dah dekat, korang dah ada plan ke nak bawa anak-anak ke mana? Kalau masih tercari-cari port santai, best dan penuh aktiviti untuk seisi keluarga — meh sini nak rekomen satu tempat yang confirm anak-anak suka: Taman Haiwan MC Agrofarm, atau lebih dikenali sebagai Mini Zoo Simpang Renggam!
MINI ZOO YANG MESRA KELUARGA
Kat sini bukan sekadar tengok haiwan dari jauh je tau, tapi anak-anak boleh main, pegang dan bagi makan terus pada haiwan-haiwan comel yang ada! Antara haiwan yang ada kat sini termasuklah:
- Keldai
- Emu
- Rusa
- Burung unta (ostrich)
- Arnab
- Dan pelbagai haiwan eksotik lain yang jinak dan friendly!

Serius, confirm anak-anak akan teruja!
HARGA TIKET YANG MESRA POKET
Harga masuk pun berbaloi sangat:
- Dewasa: RM12
- Kanak-kanak: RM10
- Anak bawah 2 tahun: Masuk percuma!
Nak bagi makan haiwan? Boleh beli makanan siap-siap:
- Dedak: RM2
- Set Bucket: RM5
WAKTU OPERASI
- Dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang
So, banyak masa korang boleh spend kat sini!
SESUAI UNTUK LAWATAN SEKOLAH
Cikgu-cikgu tadika atau sekolah rendah yang tengah cari tempat untuk lawatan sambil belajar, tempat ni memang sesuai gila. Haiwan semua jinak, kawasan pun selesa. Boleh terus booking slot dengan team MC Agrofarm melalui WhatsApp:
Klik untuk WhatsApp
Klik untuk WhatsApp
LOKASI
- Taman Haiwan MC Agrofarm
- Jalan Johor Lama, Mukim Ulu Benut, 86200 Simpang Renggam, Johor
- 5 minit je dari exit Tol Simpang Renggam
- Boleh terus Waze:
MINI ZOO SIMPANG RENGGAM
Jadi tunggu apa lagi? Jom plan trip korang sekarang. Cuti sekolah ni jangan biarkan anak duduk rumah je, jom bagi diorang pengalaman berharga berinteraksi dengan haiwan-haiwan comel dekat Taman Haiwan MC Agrofarm!
Jumpa korang kat sana!


