HalalXPlorer Logo
lima langkawi ticket admission
20 May 2025

LIMA 2025: Harga Tiket, Tarikh & Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Pameran Gempak di Langkawi

Kongsikan:

LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) kembali lagi! Untuk tahun 2025, edisi ke-17 acara mega ni bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei di Pulau Langkawi. Kalau korang pernah pergi sebelum ni, korang tahu betapa gah dan happening-nya LIMA ni. Tapi kalau ini kali pertama, memang rugi kalau lepaskan peluang.

lima 2025 ticket price

Tema & Matlamat LIMA 2025

Tahun ni, LIMA bawakan tema “Innovate Today, Thrive Tomorrow” – nak tunjukkan betapa pentingnya inovasi dalam industri maritim dan aeroangkasa. Selain pertunjukan teknologi canggih, LIMA juga bagi ruang kepada usahawan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk terlibat dalam industri global ni.

Apa Yang Menarik Tahun Ni?

LIMA 2025 ada beberapa pembaharuan yang menarik. Antaranya:

LIMA Gallery – Galeri khas untuk imbas balik sejarah LIMA dari 1991 sampai sekarang. Korang boleh tengok koleksi bahan arkib, visual, dan paparan interaktif. Sesuai untuk yang suka belajar dan ambil gambar cantik.

LIMA Run – Sebelum acara utama, dah pun ada LIMA Run yang berlangsung pada 17 November 2024 di KL. Objektif dia? Galakkan nilai sosial dan kesejahteraan. Ada dua kategori larian, 5KM dan 7KM.

LIMA TV – Kalau tak dapat datang Langkawi, jangan risau. Korang boleh tonton siaran langsung acara penting LIMA 2025 secara online, termasuk live dari media sosial.

LIMA Green – Inisiatif hijau yang fokus pada kelestarian alam. Ada sesi tanam pokok, perkongsian amalan lestari, dan pameran teknologi mesra alam. Sesuai sangat dengan trend sekarang.

Penyertaan & Jangkaan

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, edisi sebelum ni menyaksikan lebih 600 syarikat menyertai – termasuk nama-nama besar macam Airbus, MBDA, KAI dan banyak lagi. Lebih 110 kapal terbang dan 110 kapal maritim dijangka dipamerkan. Malah, lebih 400 VIP dari seluruh dunia juga dijangka hadir.

Jadual Acara LIMA 2025

Acara akan berjalan selama 5 hari. Tiga hari pertama (20–22 Mei) untuk pengunjung perdagangan, dan dua hari terakhir (23–24 Mei) terbuka kepada orang awam. Korang boleh expect pertunjukan udara yang mengujakan, pameran kapal, demo ketenteraan dan banyak lagi.

Nak Beli Tiket Macam Mana?

Untuk korang yang nak datang, ni cara mudah beli tiket:

  1. Layari registration.lima2025.com
  2. Pilih kategori tiket – kalau untuk orang awam, pilih ‘Public Visitor Ticket Purchase’
  3. Isi maklumat diri dan pilih tarikh lawatan
  4. Buat bayaran
  5. E-voucher akan dihantar ke emel korang

Harga Tiket LIMA 2025

Harga tiket untuk pengunjung awam adalah seperti berikut:

  • Dewasa (19–59 tahun): RM35 untuk 1 hari atau RM70 untuk 2 hari (online). Kalau walk-in, RM45 dan RM90.
  • Pelajar (13–18 tahun): RM15 untuk 1 hari atau RM30 untuk 2 hari (online).
  • Warga emas, kanak-kanak bawah 12 tahun dan OKU: Masuk percuma.
harga tiket lima 2025

Harga walk-in lebih mahal, jadi elok beli online awal-awal.

Nak Tahu Lebih?

Kalau nak sentiasa update dengan info terkini LIMA 2025, korang boleh follow:

Pendek kata, LIMA 2025 ni bukan sekadar pameran – tapi satu pengalaman yang penuh ilmu, aksi dan teknologi hebat. Sama ada korang peminat pertahanan, aviation, atau nak bawa anak-anak tengok pertunjukan udara, LIMA memang wajib masuk dalam senarai percutian tahun ini !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA