HalalXPlorer Logo
menara kl
07 May 2025

RM20 Juta Dibelanja Dalam Masa Seminggu Untuk Baik Pulih Menara KL

Kongsikan:

Tak tunggu lama, tak tunggu bajet tambahan – sebaik sahaja ambil alih pengurusan Menara Kuala Lumpur, LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM) terus ‘turun padang’ dan melabur lebih RM20 juta hanya dalam tempoh tujuh hari pertama bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf fasiliti menara ikonik negara itu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Pengerusi Bukan Eksekutif LSH Capital, Tan Sri Lim Keng Cheng berkata, pelaburan besar ini dapat direalisasikan kerana syarikat memiliki kedudukan kewangan yang kukuh serta keupayaan mobilisasi kerja yang pantas.

“Kami ada kekuatan dana dan tenaga kerja. Jadi, bila dapat kebenaran masuk, terus kami mula kerja-kerja baik pulih – tak tunggu lama,” ujar beliau dalam sidang media sempena pembukaan semula Menara KL hari ini.

Banyak Fasiliti Baharu & Naik Taraf

Antara pembaharuan ketara yang telah dilakukan termasuk:

  • Penggantian perabot (meja & kerusi)
  • Peralatan dapur baharu
  • Ubah suai lantai
  • Penambahbaikan sistem mekanikal dan keselamatan
  • Pemasangan kaca keselamatan setinggi 1.8 meter di dek pemerhatian untuk keselamatan pelawat

Malah, pasukan arkitek dan jurutera juga ditukar sepenuhnya bagi memastikan standard kerja setanding menara global.

Persediaan Dah Lama Bermula

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LSHSM, Khairil Faizal Othman, syarikat sebenarnya sudah bersedia sejak 10 Mac 2025, ketika konsesi pengurusan Menara KL dimeterai. Malah, mereka sudah ‘standby’ seawal 1 April untuk ambil alih sepenuhnya.

“Walaupun ada sedikit kelewatan operasi, kami gunakan masa itu untuk kemaskan lagi persiapan dan terus mulakan kerja-kerja pembaikan,” jelas beliau.

Khairil juga menyatakan bahawa penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada usaha menetapkan piawaian baharu buat Menara KL, agar menara ini kekal relevan dan berdaya saing dengan destinasi pelancongan ikonik lain di peringkat antarabangsa.

“Kami anggap cabaran ini biasa dalam dunia bisnes. Persediaan kami bukan baru semalam – malah sejak kami terima isyarat awal tentang tawaran konsesi lagi tahun lepas,” katanya lagi.

Menuju Ke Arah Kebanggaan Negara

Dengan perjanjian konsesi selama 20 tahun, LSHSM menyasarkan untuk menaikkan semula reputasi Menara KL sebagai antara mercu tanda pelancongan paling dibanggakan rakyat Malaysia – lengkap dengan wajah baharu, fasiliti yang dipertingkat, dan pengalaman pelawat yang lebih selesa serta moden.

Menara KL sebelum ini ditutup sementara bermula 17 April 2025 untuk memberi laluan kepada proses transisi pengurusan serta kerja-kerja penyelenggaraan intensif.


P/S: Menara dah dibuka semula! Kalau korang nak tengok wajah baharu Menara KL yang lebih moden dan selamat, inilah masa paling sesuai untuk lawat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA