Sebuah insiden kecil tapi penuh pengajaran berlaku di salah sebuah taman negara popular di Thailand, apabila sekumpulan pelancong asing ditegur oleh seorang renjer kerana menyapa beliau dengan ucapan “Ni Hao”.
Menerusi video yang tular di media sosial, pelancong berkenaan kelihatan ramah dan mungkin hanya mahu mesra, tapi sapaan dalam bahasa Mandarin itu jelas tidak kena pada tempatnya. Dengan nada tegas, renjer terbabit terus menjawab:
“Saya orang Thai, bukan Cina.”
Nada suaranya jelas menunjukkan rasa kurang senang — bukan marah, tapi kecewa dengan tanggapan stereotaip hanya kerana rupa paras atau lokasi. Renjer itu kemudian menyarankan agar pelancong lebih sensitif dan menyapa dengan ucapan seperti “Hello” atau “Sawadee” yang lebih sesuai dengan budaya tempatan.
Netizen Berbelah Bahagi
Seperti biasa, reaksi dalam kalangan netizen pun bercampur. Ada yang menyokong renjer tersebut atas semangat mempertahankan identiti nasional — katanya, tak salah untuk menegur bila seseorang salah sangka tentang asal-usul kita.
Tapi ada juga yang berpendapat pelancong tu mungkin tak berniat buruk, cuma terbiasa menyapa dengan bahasa Mandarin kerana menyangka ramai warga Asia di Thailand adalah berbangsa Cina.
Pengajaran Untuk Pelancong
Apa pun niat asal, kejadian ni jadi peringatan penting buat semua pelancong — supaya lebih peka bila berinteraksi di negara orang. Bukan semua orang Asia itu orang Cina, dan bukan semua wajah yang nampak "serupa" bermaksud budaya dan bangsanya sama.
View on Threads
Salah faham kecil macam ni mungkin nampak remeh, tapi dalam konteks nasionalisme dan sensitiviti budaya, ia boleh jadi besar.
Setakat artikel ini ditulis, pihak pengurusan taman negara Thailand masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan insiden ini.
Moral of the story? Kalau tak pasti, main selamat. “Hello” atau “Hi” tak pernah salah — dan kadang-kadang itulah kunci untuk elakkan momen canggung masa travel.