HalalXPlorer Logo
trip ke koh lipe & hatyai
12 March 2025

Trip Bajet Hat Yai Ke Koh Lipe – 4H3M Cuma RM700, Naik Kereta Api Pun Best!

Kongsikan:

Kalau sebut pasal Thailand, mesti Hat Yai antara lokasi wajib singgah. Tapi pernah tak terfikir nak extend trip sampai Koh Lipe, yang dikenali sebagai Maldives of Thailand? Dengan bajet RM700 je, boleh enjoy 4 hari 3 malam yang penuh dengan pengalaman best!

Trip Bajet Hat Yai Ke Koh Lipe – 4H3M Cuma RM700, Naik Kereta Api Pun Best!

Seorang traveller, Hafiza Ariffin, berkongsi pengalaman trip Hat Yai ke Koh Lipe dengan menaiki kereta api klasik, dan ternyata ia bukan sekadar murah, tapi juga sangat berbaloi.


Dari Malaysia ke Hat Yai – Naik Train, Layan View

Perjalanan bermula dari Stesen Anak Bukit ke Padang Besar dengan komuter, kemudian sambung naik kereta api klasik ke Hat Yai. Perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai ambil masa 55 minit, tapi jangan lupa proses imigresen boleh makan masa sampai 2 jam kalau ramai orang.

Trip Bajet Hat Yai Ke Koh Lipe – 4H3M Cuma RM700, Naik Kereta Api Pun Best!

Sampai je di Hat Yai, perkara pertama yang dicari – makanan halal! Tak susah sebab memang banyak pilihan restoran Muslim di sana. Lepas settle makan, terus check-in hotel dan siap-siap untuk explore bandar Hat Yai.

Antara tempat menarik yang sempat singgah:

  • Lee Garden Plaza – tempat lepak & shopping
  • Khlong Hae Floating Market – makanan sedap & suasana best

Nak jimat, guna Grab:

  • Grab ke Floating Market – 130 Baht
  • Grab balik – 128 Baht

Malamnya tak banyak aktiviti, sekadar jalan-jalan di sekitar bandar sebelum bersedia untuk ke destinasi utama esoknya – Koh Lipe!


Hat Yai Ke Koh Lipe – Pulau Cantik Dengan Air Jernih!

Pagi hari kedua, sarapan dulu dekat gerai berdekatan hotel. Penginapan di Hat Yai masa ni di Hotel Kosit – harga cuma RM66 untuk 2 hari 1 malam.

Perjalanan ke Koh Lipe bermula seawal 9.00 pagi. Tempah pakej dengan Dee Travel Hat Yai – banyak je pilihan agensi sekitar bandar, boleh survey mana yang paling okay.

Pakej termasuk:

  • Hat Yai – Pak Bara – Koh Lipe (pergi & balik)
  • Harga: 1,200 Baht seorang

Dari Hat Yai ke Jeti Pak Bara, perjalanan ambil masa dalam 2 jam. Sampai je, terus ke kaunter agensi untuk ambil tiket speed boat. Nak masuk Koh Lipe kena beli tiket Tarutao National Park – 200 Baht seorang.


Pit Stop Sebelum Sampai Koh Lipe

Dalam perjalanan ke Koh Lipe, bot akan singgah di dua lokasi menarik:

Trip Bajet Hat Yai Ke Koh Lipe – 4H3M Cuma RM700, Naik Kereta Api Pun Best!
  • Tarutao National Park
  • Koh Khai

Dapat 20 minit je setiap lokasi, cukup untuk ambil gambar cantik-cantik. Lepas 1 jam 30 minit atas bot, akhirnya sampai di Koh Lipe!


Apa Best Dekat Koh Lipe?

Sampai je, terus terpegun dengan pantai pasir putih & air laut jernih! Ada banyak aktiviti boleh buat, antaranya:

  • Snorkeling & diving – boleh sewa di Koh Lipe Walking Street
  • Kayak & berenang – layan ombak & chill dekat pantai
  • Jalan-jalan malam – suasana hidup sepanjang masa

Masa dekat Koh Lipe, Hafiza menginap di Family Song BungalowRM210 untuk 3H2M. Chalet buluh & kayu, terletak dekat dengan pantai dan Walking Street.

Trip Bajet Hat Yai Ke Koh Lipe – 4H3M Cuma RM700, Naik Kereta Api Pun Best!

Tips & Kos Keseluruhan

  • Makanan halal ada tapi agak mahal – kalau nak jimat, boleh bawa bekalan dari Hat Yai
  • Tukar duit siap-siap – jangan tukar dekat Koh Lipe sebab rate rendah
  • Total kos trip: ± RM700 termasuk tiket train, hotel, pakej travel, makan & shopping

Bagi yang cari trip bajet ke Thailand, itinerary Hat Yai – Koh Lipe ni memang best dan berbaloi! Nak rasa pengalaman naik kereta api klasik, explore pantai cantik, dan makan bestini trip untuk korang!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA